Apa Istimewanya Mimaru Tokyo Ueno East?

Makanan halal adalah satu isu yang sering dihadapi oleh ramai pengembara setiap kali mahu bercuti ke negara-negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam.  Sebab itulah ramai yang sanggup mengheret atau menggalas beg yang penuh berisi makanan semata-mata untuk memastikan perut tidak kelaparan sepanjang trip.

Selain isu makanan halal, ada juga yang tidak betah dengan makanan luar negara. Nasi dan sambal belacan juga yang dicari. Jadi, untuk golongan yang agak cerewet dalam soal pemakanan ini, mereka lebih terdorong mencari penginapan yang membolehkan mereka memasak sendiri.

Satu lagi isu popular ialah mendapatkan hotel penginapan yang berbaloi pada harga. Lebih-lebih lagi jika negara yang dikunjungi itu mempunyai kadar tukaran matawang yang lebih tinggi.

Jika anda tergolong di dalam kelompok pengembara yang cerewet tentang pemakanan, sering mengembara bersama rakan-rakan dan keluarga, serta  bercadang untuk ke Tokyo dalam waktu terdekat ini, apa kata anda menginap di Apartment Hotel Mimaru Tokyo Ueno East yang menawarkan penginapan selesa dan ideal.

Apartment hotel yang mula beroperasi pada Ogos 2018 ini membolehkan anda memasak sendiri makanan yang ingin dinikmati sepanjang tempoh penginapan. Setiap bilik dilengkapi dengan kabinet dapur berserta induction hob, peti sejuk, ketuhar mikro dan juga pemanas air. Malah, periuk, kuali, pinggan-mangkuk dan peralatan dapur yang lain juga turut tersedia.

Terdapat lima jenis bilik yang tersedia iaitu Deluxe, Deluxe Family, Deluxe With Sofa Bed, Japanese Deluxe with Futon dan Connecting Deluxe yang boleh memuatkan sehingga lapan orang tetamu. Untuk menjamin keselesaan tetamu, setiap bilik turut dilengkapi dengan televisyen skrin rata, penyaman udara, almari baju, seterika dan papan seterika serta bilik persalinan.

Berikut fakta perlu tahu tentang Mimaru Tokyo Ueno East

1) Mimaru Tokyo Ueno East terletak di lokasi strategik , Ueno yang merupakan salah satu kawasan yang paling popular di bandaraya  tersebut. Paling penting, hotel  bertaraf  3.5 bintang ini boleh diakses dengan mudah dari lapangan terbang.

2) Stesen Keretapi Ueno hanya terletak 320 meter dari hotel, manakala Inaricho Subway Station hanya 420 meter. Ini bermakna hotel ini memberikan akses mudah ke tempat-tempat menarik yang ingin anda lawati.

3) Setiap tetamu boleh menggunakan perkhidmatan Wi-Fi secara percuma dan terdapat dobi layan diri berdekatan lobi .

4) Jika kehabisan stok makanan yang dibawa, boleh dapatkan beberapa bahan mentah atau makanan segera di kedai serbaneka 7-Eleven dan Family Mart yang terletak hanya beberapa meter dari hotel.

5) Taman Paling Popular di Tokyo, Ueno Park boleh dilawati dengan berjalan kaki dari hotel. Dengan keluasan sebanyak 300 ekar, Ueno Park menempatkan beberapa buah muzium, kuil-kuil, tempat-tempat suci, institusi penting dan beberapa sekolah-sekolah utama di Jepun. Jika ke sini pada musim Sakura, Ueno Park adalah tempat yang mesti dilawati.

6) Jika mahu menikmati hidangan popular Jepun seperti ramen, sushi, udon dan sukiyaki, terdapat beberapa restoran halal yang boleh dikunjungi. Salah satunya Ayam-Ya Okachimachi.

Dengan semua kelebihan yang dimiliki penginapan ini, percutian anda di Tokyo pasti menjadi lebih indah lagi. Layari https://mimaruhotels.com/en-us/ueno-east/ untuk maklumat lanjut dan tempahan secara online.

Kredit foto : https://mimaruhotels.com/en-us/ueno-east/