Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Apabila hati bongkak

Islam 31 Dis 2020
Terkini oleh Abi Aasim
Apabila hati bongkak
Apabila hati bongkak © Igor Bashkatov | Dreamstime.com

Orang yang sombong dan bongkak adalah orang yang sentiasa merasakan dirinya sentiasa betul dan orang lain salah dan tidak layak melakukan sesuatu urusan. Kadangkala kekayaan, kekuasaan, kecantikan dan kedudukan darjat seseorang boleh menjadikannya hanyut, penuh kesombongan di muka bumi Allah SWT.

Golongan ini sering memperlekehkan golongan bawahan dan yang kurang bernasib baik.

Merendahkan orang lain dan apabila hati bongkak

Allah SWT melarang keras sikap suka merendahkan orang lain sehinga memalingkan muka ketika berbicara. Allah turut murka kepada kepada orang yang sombong, keras kepala dan berbuat sesuka hati di muka bumi ini. Segala kehebatan dan kekuasaan ini sebenarnya hanyalah milik-Nya.

Sebagaimana Allah SWT mengunci pintu hati orang yang melanggar perintah dan mempersoalkan ayat-ayat-Nya, Allah juga mengunci hati orang-orang yang sombong dan bongkak.

Orang yang sombong akan mendapat kehinaan di dunia berupa kejahilan sebagai balasan di atas perbuatannya. Orang yang sombong tidak dapat memahami ilmu-ilmu Allah SWT.

Kebijaksanaan mereka tentang ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah SWT telah dipalingkan daripada hati mereka. Di Akhirat nanti orang-orang yang sombong dan bongkak ini akan mendapat azab dan kehinaan-Nya.

Berdoa agar dijauhkan sifat mazmumah daripada diri

Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:

”Orang yang sombong akan dihimpunkan pada hari kiamat dalam bentuk semut-semut kecil dengan rupa manusia. Dari segala tempat datang kehinaan kepada mereka. Mereka akan diiring ke neraka jahanam yang disebut Bulas, di bahagian atasnya api yang menyala-nyala dan mereka diberi minuman daripada kotoran (najis) penghuni neraka.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ahmad)

Walaupun pelbagai peringatan yang telah diturunkan oleh Allah SWT, manusia masih juga leka dan ramai yang berterusan menjadi orang yang sombong dan bongkak di muka bumi.

Fenomena ini semakin boleh dilihat dengan jelasnya dalam masyarakat kita. Maksiat sudah berleluasa. Ramai yang berani tidak mengendahkan hukum Allah SWT secara terang-terangan. Halal atau haram bukan lagi perkara yang penting.

Mungkin disebabkan somboong semua, ini sudah tidak penting sehingga hati terpesong. Sama-samalah kita berdoa agar sifat mazmumah ini dijauhkan daripada diri kita.