Aplikasi beretika dan Islam, apa ciri kelebihannya?

Aplikasi Md Wa'iz
Terkini oleh Md Wa'iz
Aplikasi beretika dan Islam, apa ciri kelebihannya?
Aplikasi beretika dan Islam, apa ciri kelebihannya? © SalamWeb

Para pengguna aplikasi-aplikasi sembang (chat) dan komunikasi  kini semakin tertekan. Semakin banyak syarikat aplikasi media sosial yang  mengambil dan berkongsi data pengguna dengan pihak ketiga.

Terbaru, selepas sebuah aplikasi memaksa penggunanya menerima polisi terbaharu mereka, ramai daripada penggunanya sudah beralih ke aplikasi lain. Antara aplikasi chat yang kerap disebut sebagai boleh juga digunakan (selain aplikasi terkenal WhatsApp)  ialah aplikasi BiP, Viber, WeChat, Line, Kik, dan lain-lain.

WhatsApp mula menekan pengguna?

Pada 6 Januari 2021, WhatsApp telah memaksa penggunanya untuk menerima polisi baharu mereka sekiranya mereka ingin terus menggunakan perkhidmatan tersebut.

Polisi privasi terbaharu WhatsApp tersebut telah memaksa pengguna untuk berkongsi data mereka dengan Facebook sebelum 8 Februari 2021. Ini termasuklah berkongsi segala data yang dikumpul melalui WhatsApp seperti lokasi dan nombor telefon.

Jika pengguna tidak memberikan persetujuan mereka, pengguna tidak lagi dapat menggunakan servis WhatsApp ini. Penggabungan data daripada pelbagai sumber dan platform oleh WhatsApp ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pengguna mereka.

Ini menjadikan pengguna berasa lebih risau sekiranya data mereka akan digunakan untuk tujuan yang salah.

Menggunakan aplikasi berasaskan etika dan Islam

Sejak daripada penekanan oleh WhatsApp terhadap penggunanya, sudah ramai mula mencari aplikasi alternatif yang lain untuk menggantikan WhatsApp. Salah satu aplikasi chat terbaru yang menerima sambutan hangat ialah aplikasi BiP yang telah dimuat turun sebanyak lebih daripada 50 juta kali di seluruh dunia.

Sejak daripada pelaksanaan polisi privasi baharu daripada WhatsApp, aplikasi ini telah menerima sambutan hangat daripada seluruh dunia khususnya penduduk Turki. BiP  adalah satu aplikasi dengan fungsi sembang dan video yang sama seperti WhatsApp.

SalamWeb pula adalah aplikasi pelayar web pertama yang direka untuk muslim sedunia. Namun, ia bukan aplikasi yang menumpukan kepada ciri sembang. Walaupun agak baru, ia kini mula dikenali dan semakin menjadi pilihan bagi pengguna yang mahu menikmati pengalaman berinternet dengan selamat.

Paling penting, aplikasi SalamWeb sangat mematuhi petunjuk dan saranan agama Islam. Bagi SalamWeb, nilai-nilai Islam adalah teras kepada pengembangan perisian aplikasi pelayar ini.

Beralih kepada aplikasi dengan ciri dan amalan privasi lebih baik

Aplikasi BiP sebagai contoh mampu menterjemahkan perbualan kepada pelbagai bahasa, dan mempunyai beberapa ciri lain seperti ramalan cuaca dan kadar pertukaran nilai wang.

SalamWeb juga mempunyai berbagai-bagai ciri seperti arah kiblat, notifikasi solat, majalah dalam talian, ramalan cuaca tempatan dan lain-lain. Namun, sebagai aplikasi yang menawarkan ciri sembang melalui SalamWebTalks, ia masih agak baru.

SalamWebTalks menampilkan idea berlainan untuk bersembang atau memberi komen. Menurut informasi dalam laman web ini:

“Dengan SalamWebTalks, anda boleh memberi komen atau menilai mana-mana laman web atau halaman. Sertai SalamWebTalks sekarang dan beri komen di halaman rancangan, majalah atau tempat makan kegemaran yang sedang anda lawati; tinggalkan komen yang betul di laman web pembekal perkhidmatan, hotel, syarikat pelancongan, kedai, halaman selebriti, dll.”

Oleh itu, sebagai langkah keselamatan awal, para pengguna muslim boleh beralih kepada aplikasi berasaskan etika dan Islam. Beralihlah kepada SalamWeb yang komited untuk memastikan maklumat peribadi penggunanya dilindungi. Sama-sama muat turun dan gunakan aplikasi SalamWeb sekarang!

Enjoy Ali Huda! Exclusive for your kids.