Aplikasi persidangan video – kini merata penggunaannya

Teknologi Adea Ghafar
Terkini
Aplikasi persidangan video - kini merata penggunaannya
Aplikasi persidangan video - kini merata penggunaannya © Simon Lehmann | Dreamstime.com

Apa dia persidangan video? Jika soalan ini ditanya setahun atau dua tahun lepas, pasti ramai yang tidak begitu biasa menggunakannya. Terutamanya di musim pandemik koronavirus COVID-19 ini, aplikasi persidangan video berasaskan web sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan bekerja dari rumah.

Sama ada  pengguna komputer meja atau aplikasi mudah alih, banyak teknologi persidangan video atau video conferencing kini membolehkan pengguna bertemu dalam talian, dengan atau tanpa video.

Aplikasi persidangan video – kini merata penggunaannya

Tahun 2020 merupakan tahun yang sebati dengan penggunaan teknologi – tertamanya aplikasi persidangan video seperti Zoom, Microsoft Teams, Cisco WebEx, Skype, dan GoToMeeting.

Aplikasi syarikat-syarikat ini telah menjadi alat biasa untuk sesi perjumpaan maya atau virtual meeting. Dengan munculnya koronavirus COVID-19, perubahan mendadak turut berlaku dalam kehidupan dan kerja kita.

Pandemik COVID-19 telah mendorong peningkatan yang tidak pernah terjadi sebelumnya dalam pekerjaan jarak jauh dan keperluan untuk tetap berhubung dari rumah. Panggilan atau persidangan video telah menjadi amat popular pada tahun 2020.

Kini, kerja dari rumah atau kerja jarak jauh dengan aplikasi-aplikasi sebegini telah menjadi kebiasaan. Kemungkinan besar trend ini akan menjadi pendukung utama cara kerja masa hadapan.

Jelas, kesan pandemik COVID-19 yang terus mempengaruhi cara kerja seluruh dunia telah mendorong perubahan besar kepada pekerjaan gaya hibrid dan kerja jarak jauh.

Bukan hanya persidangan video percuma

Terdapat banyak faedah ketara dan kegunaan aplikasi perisian persidangan video. Yang lebih baik adalah potensi aplikasi sebegini untuk perniagaan anda. Antara faedah menggunakan teknologi ini ialah:

  1. Lebih menarik daripada persidangan audio
  2. Efisien dan mengurangkan masa perjalanan
  3. Ia Menjimatkan wang perjalanan
  4. Penggunaannya meningkatkan komunikasi
  5. Berupaya menghubungkan pekerja-pekerja berlainan lokasi
  6. Meningkatkan produktiviti kerja
  7. Ia juga meningkatkan kehadiran pekerja
  8. Menyediakan lebih banyak struktur untuk bermesyuarat
  9. Ia membantu dalam mengekalkan pekerja
  10. Memberikan anda kelebihan dalam persaingan yang berkekalan

Namun, awasi masalah-masalah yang boleh berlaku ketika menjalani persidangan video, seperti pengambilalihan atau rampasan video (video hijacking). Ini  boleh berlaku ketika persidangan diadakan melalui internet atau URL, kerana persidangan sebegini sebenarnya boleh diakses oleh penggodam komputer yang mahir.

Sama ada melibatkan pekerja jarak jauh, berkolaborasi antara jabatan dan lokasi, menemubual calon pekerja atau menguruskan pembekal, teknologi ini cekap, menjimatkan kos dan boleh diskalakan dengan meluas.

Hanya masa akan menentukan teknologi yang bagaimana akan mula diterokai oleh syarikat-syarikat pesaing lain dalam perlumbaan untuk menjadi yang terhebat dan yang paling di hadapan dalam industri komunikasi.