Artis-artis Popular Jayakan Konsert ‘The Singing Pizza’

Sabtu lalu, Pizza Hut dan Universal Music Malaysia telah menyatukan peminat pizza dan muzik pada satu konsert yang dinamakan Konsert ‘The Singing Pizza’.

Bertempat di Auditorium Muzik Bentley, Petaling Jaya, konsert yang dihadiri oleh lebih daripada 500 orang penonton ini menyaksikan persembahan eksklusif daripada tujuh artis terkemuka tanahair.

Konsert yang merupakan acara penutup bagi kempen ‘The Singing Pizza’ itu dimulakan dengan persembahan bertenaga daripada Aman Ra dengan lagu Rap popularnya berjudul ‘Budak Flat’ diikuti lagu terbaharu ‘Fighter’ dan ‘Bangun’.

Persembahan diteruskan dengan Zen yang memukau perhatian dengan lagu terbaharunya ‘If I Knew’. Penyanyi bersuara merdu ini juga mengejutkan peminat dengan medley ‘Kenangan Terindah’ dan ‘See You Again’.

Malam itu diteruskan dengan permainan interaktif ‘Blind Pizza Tasting’ yang memberi peluang kepada empat peminat bertuah untuk naik ke pentas bersama Aman Ra dan Zen.

Penyanyi baru, Shalma Eliana meneruskan acara dengan persembahan lagu pertamanya ‘Kenangan Terindah’ diikuti dengan lagu berentak R&B berjudul ‘If I Ain’t Got You’ dan juga lagu terbaharu ‘Mahukah Kamu’.

Alvin Chong tampil menggamitkan suasana dengan persembahan mantap menerusi lagu ‘Tajam’ dan ‘Ben Ni Chong Ai’ dengan gubahan semula lagu popular ‘Cinta Luar Biasa’.

Dua peminat bertuah telah diumumkan sebagai pemenang peraduan istimewa ‘Singing Pizza’. Mereka berjaya membawa pulang  hadiah tiket penerbangan ke Sydney, Australia untuk menyaksikan konsert Shawn Mendes secara langsung  bersama Alvin Chong.

Peminat turut terpesona apabila bintang sensasi Fattah Amin mengalunkan lagu romantik berjudul ‘Isterimewa’ dan ‘1234U’. Pasangan duet ThomasJack membuktikan bakat mereka dengan lagu berjudul ‘Rumours’, nyanyian semula ‘Ku Juga Mencintaimu’ dan ‘Mungkin Nanti’ berduet dengan Zen.

Sebelum tirai dilabuhkan, Fazura mengakhiri malam penuh pesona tersebut dengan lagu popularnya ‘Bangun’. Persembahan Fazura dihangatkan lagi dengan duet bersama dengan suaminya, Fattah Amin mendendangkan lagu ‘Paling Sempurna’, ‘Bisa Apa’ dan ‘Can’t Forget Me’.

‘The Singing Pizza’ didatangkan di dalam kotak piza bertemakan piring hitam, menampilkan ilustrasi artis seperti Fazura, Fattah Amin dan Alvin Chong di hadapan kotak berserta kod QR untuk akses kepada 200 lagu eksklusif termasuk lagu-lagu popular serta yang masih belum dipasarkan, dengan senarai yang dikemaskini setiap dua minggu di dalam aplikasi ‘The Singing Pizza’.

Kempen ‘The Singing Pizza’ ini juga berjaya meraih anugerah ‘Excellence in Marketing Innovation’ (Anugerah Kecemerlangan dalam Inovasi Pemasaran) di majlis Marketing Excellence Awards 2019 anjuran Majalah Advertising+Marketing baru-baru ini.

Anda boleh mengikuti Facebook PizzaHutMalaysia atau @pizzahutmalaysia di Instagram untuk maklumat berkaitan ‘The Singing Pizza’.