Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Ascott Jakarta : Penginapan Mewah ala Pangsapuri

Singgah Shah Shamshiri 30-Sep-2019

Bagi mereka yang suka bercuti ke negara jiran Indonesia, Jakarta merupakan satu destinasi yang mudah dan tepat kerana ia hanya mengambil masa dua jam perjalanan sahaja dari Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang. Jakarta juga sebuah bandar yang lengkap dan padat. Bukan sahaja bandar yang mempunyai pencakar langit, malah terdapat juga tempat-tempat untuk dilawati seperti muzium, tempat hiburan dan juga pusat membeli-belah.

Kalau tercari-cari tempat penginapan yang menepati suasana percutian berkeluarga di bandaraya itu, Ascott Jakarta adalah pilihan yang sangat sesuai. Terletak di kawasan nadi kota, Ascott Jakarta terletak betul-betul di tengah-tengah kesibukan perniagaan serta pusat membeli belah bandar ini.

Terdapat banyak sebab mengapa anda harus memilih untuk menginap di sini. Yang pertama, lokasinya yang amat strategik. Terdapat tiga pusat membeli-belah bersebelahan Ascott Jakarta iaitu Thamrin City Mall, Grand Indonesia Mall dan juga Plaza Indonesia. Bukan itu sahaja, terdapat deretan restoran di sekeliling Ascott Jakarta hanya dengan berjalan kaki. Pusat membeli-belah ini mempunyai pelbagai kedai menarik dari jenama tempatan mahupun antarabangsa, serta taman permainan kanak-kanak. Ini termasuk aneka restoran, pusat karaoke, panggung wayang dan macam-macam lagi.

Ia juga sesuai dijadikan penginapan kerana perkhidmatan peribadi yang disediakan. Ini terlihat dengan layanan para pekerja yang sangat peka, teliti dan peramah. Selain itu setiap unit pangsapuri eksklusif ini mempunyai sambungan internet wi-fi untuk kemudahan para tamunya. Ini menjadikannya sangat sesuai untuk tamu yang berkunjung.

Lebih menarik, adalah pilihan jenis-jenis penginapan yang ditawarkan. Jenama Ascott memang terkenal sebagai penginapan berkonsepkan pangsapuri mewah. Dengan jumlah 204 unit pangsapuri mewah, terdapat beberapa jenis unit yang disediakan oleh Ascott iaitu studio, 1 bilik, 2 bilik ataupun pangsapuri 3 bilik yang boleh diduduki oleh keluarga sebesar 6 orang dengan keluasan yang sangat selesa.

Ascott Jakarta juga mempunyai restoran yang menyediakan sarapan pagi  dan menu sepanjang hari yang semestinya halal, kolam renang, gimnasium, pusat spa untuk memanjakan diri dan juga ruang main kanak-kanak. Kemudahan yang ditawarkan benar-benar mirip seperti di hotel lima bintang. Ini semua menjadi sebab kenapa penginapan ini menjadi pilihan.

Hanya 45 minit dari kawasan Lapangan Terbang Soekarno-Hatta. Dengan perkhidmatan lima bintang bertaraf antarabangsa yang diberikan, penginapan di sini memang amat berbaloi. Jadi, tunggu apa lagi? Rebutlah peluang ini dan nikmatilah percutian bersama keluarga tersayang anda di Ascott Jakarta!

 

Foto: Ascott Jakarta