Australia Selatan dilanda cuaca kering berdepan ancaman kebakaran belukar

Uncategorized Adea Ghafar 27-Dis-2019
Kebakaran hutan, Bushfire
Kebakaran hutan di Australia © Gajendra Bhati - Dreamstime.com

CANBERRA, 27 Dis — News Corp Australia melaporkan kenyataan daripada Penolong Ketua Pegawai Perkhidmatan Bomba Negeri (CFS) kawasan Australia Selatan (SA), Brenton Eden yang memberi amaran keadaan cuaca kering di SA bakal berdepan dengan kebakaran belukar yang lebih buruk akibat jangkaan gelombang panas Jumaat dan Isnin ini.

Ini berlaku seminggu selepas terbakarnya 200 kawasan belukar seluruh negeri yang meliputi lebih 42,000 hektar tanah. Ia berikutan kejadian yang mencatat suhu tertinggi, memusnahkan lebih 80 rumah dan meragut dua nyawa, dengan Pulau Kangaroo dan Adelaide Hills sebagai kawasan paling teruk terjejas.

Kebanyakan mangsa masih tidak bersedia untuk menghadapi keadaan cuaca kering itu.