Awasi Kandungan Internet Anak-Anak Anda Menggunakan SalamWeb

Seringkali kita membaca di media-media sosial mengenai kisah-kisah salah saku seksual anak-anak remaja yang masih di bangku sekolah.

Lebih malang, ada yang sehingga menjadi kes mahkamah kerana disabitkan kesalahan merogol kanak-kanak di bawah umur, atau apa yang kita fahami sebagai sebenarnya ia adalah hubungan seksual secara rela.

Lebih menjijikkan jika anda mengetahui kisah sebenar yang berlaku, mereka yang terlibat mengakui melakukan perkara-perkara yang melampaui batas kerana meniru apa yang dibaca atau dilihat di internet.

Justeru, jelaslah ledakan internet tanpa sempadan pada hari ini mampu memberi kesan yang negatif kepada remaja, seandainya penggunaannya tidak dikawal atau tidak digunakan secara betul.

Jadi, sebagai ibu bapa, apa yang perlu anda lakukan?

Seharian anda keluar bekerja, dan apabila waktu malam, anda menghantar anak-anak pergi belajar di kelas tusyen.

Manalala bagi anak-anak pula, waktu pagi mereka diisi dengan persekolahan, kelas agama pada sebelah petang dan kelas tusyen pada waktu malamnya.

“Saya telah melakukan yang terbaik untuk memastikan anak saya tidak melakukan perkara yang sia-sia.”

Pasti ada yang mengomel sedemikian, bukan?

Ya, benar! Tapi, mungkin ada sesuatu yang anda terlepas pandang.

Akses Peranti Tanpa Kawalan

Anda memberikan telefon pintar kepada anak-anak remaja anda untuk digunakan, dan mereka bebas mengakses internet pada setiap masa tanpa pengawasan daripada anda.

Inilah dia punca kepada krisis salah laku remaja yang pada hari ini, khususnya yang melibatkan salah laku seksual.

“Tapi, mereka memerlukan internet untuk membuat kerja sekolah.”

“Takkanlah saya nak biarkan anak saya menjadi katak di bawah tempurung?”

Benar apa yang anda fikirkan itu. Namun, alangkah lebih elok jika anda boleh menapis atau mengawal kandungan internet yang dilayari oleh anak anda, bukan?

Bagaimana caranya?

Tapis Kandungan Internet Menggunakan SalamWeb

Mudah sahaja.

Seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi juga, kini anda boleh memuat turun SalamWeb di peranti-peranti milik anak-anak anda bagi memastikan mereka menggunakan kandungan internet yang selamat.

Dibangunkan oleh Salam Web Technologies MY Sdn. Bhd., SalamWeb merupakan perkhidmatan internet mesra Syariah pertama di dunia.

Lebih menarik, ia turut diperakui oleh Lembaga Penyeliaan Syariah Amanie dan Miyar Ekonomi Digital Islam, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Bertindak sama seperti web browser yang lain, apa yang menjadikan SalamWeb unik adalah ia menawarkan persekitaran maya yang lebih selamat dan terpelihara daripada kandungan-kandungan yang tidak elok.

Menerusi salah satu cirinya iaitu SalamProtect, ibu bapa tidak perlu risau lagi kerana peranti anak-anak anda akan terpelihara daripada maklumat-maklumat yang tidak diingini.

Ini kerana SalamProtect bertindak sebagai penapis kandungan (content filter), yang tidak akan menunjukkan hasil pencarian laman-laman web lucah atau ganas, malah terus menyekat laman-laman tersebut.

Lebih menarik, ibu bapa boleh bertindak untuk melaporkan mana-mana laman web yang dirasakan tidak sesuai kandungannya untuk tontonan umum di bawah fungsi SalamTag.

Laporan itu kemudiannya akan diambil kira oleh algoritma enjin SalamWeb, sekali gus memberi jaminan bahawa laman tersebut tidak lagi boleh diakses oleh anak anda.

Mudah bukan?

Tanpa perlu membelanjakan wang untuk menggunakan perisian protection seumpama itu, anda hanya perlu memuat turun SalamWeb dan ia telah pun sedia ada mempunyai fungsi tersebut.

Dengan itu, anda tidak perlu lagi risau mengenai kandungan-kandungan internet yang dilayari oleh anak anda kerana semuanya dijamin selamat dan sesuai untuk ditonton.

Foto: Bruce Mars, Pixabay (Pexels) & SalamWeb