Azhar Harun nafi perbincangan bersama Peguam Negara, Tommy Thomas

Uncategorized MAS 08-Dis-2019

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Harun menafikan dakwaan Peguam Negara berhubung rayuan kes Rafizi Ramli.

Perbincangan bersama Tommy Thomas hanya berlaku berkenaan kes Tian Chua sebelum ini, tegas beliau. Dalam perbincangan berkenaan, beliau atas kapasiti rasmi SPR mendapatkan nasihat Peguam Negara tentang keperluan memfailkan rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi.

Azhar menekankan sokongan beliau atas doktrin pengasingan kuasa dan menjamin untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal institusi dan agensi lain.

Terdahulu, laporan The Edge Market memetik Peguam Negara terkejut atas notis rayuan Jabatan Peguam Negara sedangkan beliau telah berbincang dengan Azhar dan memutuskan rayuan tidak akan dibuat.