Azmin, Tg Piai, Bajet 2020 antara tertinggi dalam carian Google

Uncategorized Syed Safri 11-Dis-2019

Laporan tahunan Google Malaysia melalui Google Trends yang berdasarkan carian tertinggi sepanjang tahun, menyenaraikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali dan Haziq Abdullah Abdul Aziz sebagai dua ahli politik yang mendapat carian tertinggi tahun ini, masing-masing di kedudukan kedua dan kesembilan.

Individu lain termasuk personaliti televisyen, Vanessa Angle di kedudukan teratas dan pelakon Ben Amir. Tahun lepas, senarai ini didominisi ahli-ahli dan tokoh-tokoh berkaitan politik, dengan didahului bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Sementara itu, carian perkataan pula menyaksikan Indeks Pencemaran Udara mendahului senarai, diikuti Tanjung Piai. Ini termasuk Belanjawan 2020, harga petrol, protes Hong Kong dan Pasir Gudang.