Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Bagaimana Lembutkan Hati Anak?

Sahsiah Rahayu Mat Nah 02-Okt-2019

Membesarkan anak-anak bukan dalam dunia digital ini bukanlah satu perkara mudah. Cabarannya bukan kepalang lebih-lebih lagi untuk ibu bapa yang bekerja. Biarpun begitu, tanggungjawab mendidik anak-anak tidak seharusnya diabaikan biarpun diri terbeban dengan kesibukkan tugas.

Anak-anak adalah kain putih yang perlu dicorakkan agar kehidupan mereka menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara.

Sepanjang proses mendidik, sudah pasti kita berdepan pelbagai ragam mereka yang adakalanya membuatkan kesabaran semakin menipis. Lebih-lebih lagi jika anak kita itu keras kepala dan suka membantah. Jadi bagaimana cara untuk melembutkan hati anak yang keras kepala?

Jika anda mahu menggunakan kaedah Islam, apa kata anda baca Surah Taha ayat 1 hingga 8 dan tiupkan ke dalam air. Selepas itu, berikan kepada anak-anak untuk diminum.

Satu lagi cara ialah, minta anak-anak anak sendiri membaca ayat-ayat tersebut pada setiap hari selepas menunaikan solat. Bagi memupuk kasih-sayang sesama ahli keluarga, jangan lupa amalkan solat jemaah bersama ,makan bersama dan membaca al-Quran pada setiap hari.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah-kaedah psikologi berikut untuk membuatkan anak-anak patuh kepada arahan:-

1) Jangan gunakan bahasa negatif

Elakkan penggunaan ‘tidak’ atau ‘jangan’. Sebaliknya, gunakan ayat positif untuk mengarah dan memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak. Jika anda menggunakan ayat yang positif dan penuh dengan kasih sayang, anak-anak akan berasa yakin, disayangi dan istimewa.

Ini akan membuatkan mereka melakukan apa jua pesanan anda tanpa membantah. Mereka juga akan mendengar apa yang anda ingin katakan dan memahami dengan lebih baik.

Beri sedikit masa untuk mereka untuk mengalih perhatian daripada sesuatu yang sedang mereka lakukan kepada percakapan anda. Jangan biasakan anak hanya bertindak terhadap jeritan anda. Ini kerana, lama-kelamaan mereka akan menganggap anda tidak serius apabila memberi arahan dalam nada lembut.

2) Sebut nama

Jika anda menyebut nama, anak-anak anda akan memberi perhatian dan pesanan yang ingin anda sampaikan dapat diterima dengan baik. Kalau boleh, panggil dengan nama penuh. Baru dia tahu, dengan panggilan nama penuh, tentu ia sesuatu yang serius!

3) Beri perhatian

Ada masanya, mungkin anak-anak tidak bermaksud untuk melengahkan apa yang anda arahkan. Sebaliknya, mereka rasa tidak didengari. Jadi, sebelum anda mahu mereka mendengar arahan anda, apa kata anda mendengar dahulu apa yang ingin diperkatakan oleh mereka. Mungkin ada kisah yang ingin dikongsi oleh anak-anak. Ingat, bukan kita sahaja yang menghadapi hari-hari sukar di tempat kerja, anak-anak juga sama. Mana tahu, dia menjadi mangsa buli rakan-rakan sebaya.

4)  Beri arahan yang jelas

Kanak-kanak mengambil masa untuk memahami kata-kata yang disampaikan kepada mereka. Jadi, jika anda menggunakan perkataan yang tidak jelas atau cuba berkias, tidak mungkin mereka akan memahami mesej yang cuba disampaikan. Gunakan ayat yang mudah untuk difahami. Selain itu, elakkan memberi arahan dengan banyak pada satu-satu masa terutamanya jika mereka masih kecil.

5) Berfikiran terbuka

Untuk menjadi ibu bapa yang baik, anda seharusnya berfikiran terbuka apabila berhadapan sesuatu isu dengan anak-anak.  Biarpun perkara itu sudah terang-terangan tidak disukai oleh anda, tetapi jangan sesekali tutup ruang perbincangan dengan anak-anak.

Dengar dahulu apa yang ingin mereka katakan. Lebih-lebih lagi jika anak anda sudah semakin membesar. Anda perlu menitik beratkan hal emosi dan pandangan mereka. Elakkan dari memberi arahan yang kelihatan seolah-olah muktamad.

Rujukan : http://www.islam.gov.my

Kredit foto : Priscilla Du Preez, Rustic Vegan, Tanaphong Toochinda, Unsplash

Related articles
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Konsisten. Cuba untuk mula tidur pada masa yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama setiap pagi. Termasuk ketika hujung minggu. Tubuh manusia gemarkan rutin dan akan mampu menjangkakannya jika kita memiliki dengan rutin tidur yang teratur. Sebagai peringatan cuba tetapkan penggera pada telefon untuk berbunyi 30 minit sebelum memulakan rutin bertenang (wind-down).

Teruskan Teruskan
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Penyongsangan sangat berguna untuk mencabar kepercayaan kita. Ia memaksa kita untuk menimbangkan hujah-hujah yang bertentangan. Penyongsangan menghalang kita daripada terus membuat keputusan sejurus selepas kesimpulan awal. Ia adalah satu teknik untuk mengatasi kecenderungan yang berat sebelah (confirmation bias).

Teruskan Teruskan
Pendapat Pendapat
Adea Ghafar
Adea Agi
Kolumnis

Bagaimana caranya kita boleh hidup sihat dalam bahagia? Sebagai tambahan kepada memiliki warisan baka atau genetik yang subur, kehidupan yang sihat dan bahagia bergantung pada tabiat dan minda yang baik. Ia tidak boleh dicapai secara tidak sengaja. Dengan pengamalan kepercayaan dan ajaran Islam, contohnya memupuk sikap positif, beribadat, sifat bertanggungjawab dan mempunyai nilai moral - seseorang itu pada dasarnya telah mengamalkan tabiat dan minda yang baik dan dapat mengekalkan kesejahteraan psikologi melalui kebahagiaan iman.

Teruskan Teruskan
Kepercayaan Adea Ghafar 23-Jan-2020 Menyemai rasa cinta kasih keluarga