Bagaimana sebenarnya larangan menanggalkan kasut sebelum solat?

Islam untuk Pemula 30 Mac 2021 Hanita Hassan
Pilihan oleh Hanita Hassan
Bagaimana sebenarnya larangan menanggalkan kasut sebelum solat?
Bagaimana sebenarnya larangan menanggalkan kasut sebelum solat? © Eval Miko | Dreamstime.com

Terdapat pelbagai masalah yang timbul dalam Islam, termasuklah masalah menanggalkan kasut atau selipar ketika solat. Lebih tepatnya, sama ada dibolehkan memakai kasut ketika solat ataupun tidak, adalah isu yang menitikberatkan kesucian dan kebersihan.

Perintah untuk menjaga kebersihan tubuh badan dan minda seseorang telah diberikan kepada kita oleh Allah SWT Yang Maha Kuasa. Apa-apa yang mendorong pelaksanaan perintah ini mesti diterima dan dilaksana dan apa-apa yang mendorong pelanggaran perintah ini harus dijauhi dan dilarang.

Mengapa umat Islam menanggalkan kasut sebelum solat?

Allah SWT dan Rasul-Nya Nabi Muhammad SAW adalah yang pertama dan paling utama dalam menjaga kebersihan dalam erti seluas-luasnya. Ini termasuklah menghindarkan perkara-perkara kotor yang dilarang oleh Allah SWT, iaitu kekotoran sebenar dan najis.

Tetapi, walaupun tidak ada kekotoran sebenar yang melekat di telapak kasut anda, ia juga boleh jadi kekotoran di jalanan atau dalam rumah. Kekotoran sebegini akan mengotorkan lantai atau permaidani di rumah, lantas menjadikan keadaan tidak bersih. Keadaan yang mengganggu keselesaan dan kebersihan yang Allah SWT perintahkan agar dipelihara setiap masa.

Oleh itu, sekiranya kita yakin bahawa tidak ada satu partikel kecil pun kotoran yang melekat di kasut walau di mana sahaja kita melangkah, maka kita dibolehkan menunaikan solat dengan memakai kasut.

Larangan yang diberikan itu bukanlah tentang kasut tetapi larangan itu adalah mengenai kekotoran. Nabi Muhammad SAW juga pernah menunaikan solat dengan memakai kasutnya.

Diriwayatkan daripada Abu Maslamah Said bin Yazid r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Aku pernah bertanya kepada Anas bin Malik r.a, adakah Nabi SAW pernah solat dengan memakai kasut?” Anas r.a menjawab “Ya!”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apa larangan Rasulullah SAW tentang solat dengan memakai kasut?

Nabi Muhammad SAW tidak melarang para sahabatnya untuk bersolat dengan memakai kasut, asalkan ia mesti bersih daripada segala kotoran. Daripada Abu Said al-Khudri r.a  bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Ketika Rasulullah SAW mengimami solat para sahabatnya maka baginda telah menanggalkan kedua-dua belah seliparnya lalu meletakkan kedua-duanya di sebelah kirinya. Apabila para sahabat melihat perbuatan itu, mereka juga menanggalkan selipar mereka. Setelah selesai solat, baginda bertanya: Mengapa kamu semua menanggalkan selipar kamu? Jawab mereka: Kami telah melihat engkau menanggalkannya lalu kami pun menanggalkan selipar kami. Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku memberitahu bahawa terdapat kotoran (najis). Oleh itu, apabila seseorang datang ke masjid, lihatlah selipar mereka. Jika dia melihat ada kotoran atau najis pada seliparnya, bersihkan atau sapukanlah ke tanah, dan (dibolehkan) solatlah menggunakan selipar itu.”

(Hadis riwayat Abu Daud, Ahmad, ad-Darimi, Ibn Khuzaimah dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh az-Zhahabi dan al-Baihaqi. Juga al-Albani di dalam al-Irwa, m/s. 284)

Andai kata anda perlu menunaikan solat  di luar, yang mana situasi ini boleh berlaku kepada sesiapa dan ia adalah sesuatu yang normal. Maka, kotoran di jalanan tidak dianggap sebagai najis.  Oleh itu, anda tidak perlu menanggalkan kasut kerana agama telah mempertimbangkan situasi seperti ini. Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan agar kebersihan itu terjaga.

Sebaliknya, dengan menanggalkan kasut semasa berada di luar, ini akan mengotorkan (tapak) kaki anda. Oleh itu, tiada hubungan langsung antara menunaikan solat dan memakai kasut. Tetapi terdapat hubungan secara langsung antara menunaikan solat dan menjaga kebersihan.

Demi menjaga kebersihan ketika solat, kasut mesti ditanggalkan sekiranya anda tidak dapat menghapuskan najis daripada kasut. Atau jika memakai kasut, ia akan  menjadikan tempat di mana anda solat itu kotor, maka tanggalkan kasut anda.