Buletin SalamWebToday
Sign up to get weekly SalamWebToday articles!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Bagaimana tentukan arah kiblat untuk solat jika berada dalam hutan?

Solat 02 Feb 2021
Terkini oleh Md Wa'iz
Bagaimana tentukan arah kiblat untuk solat jika berada dalam hutan?
Bagaimana tentukan arah kiblat untuk solat jika berada dalam hutan? © Swee8nn | Dreamstime.com

Bayangkan jika anda berada dalam hutan dan tidak tahu bagaimana menentukan arah kiblat bagi menunaikan solat. Apakah yang anda perlu lakukan?

Tujuan arah kiblat dalam Islam

Kiblat adalah satu arah yang mana kita menghadap atau mengarah kepadanya ketika kita sedang bersolat. Kaabah ialah kiblat bagi orang-orang Islam yang terletak di Masjidil Haram, Mekah.

Menghadap ke arah kiblat sewaktu solat adalah antara syarat sah solat. Ini bermakna, jika kita tidak menghadap kiblat, maka solat kita tidak sah.

Kaedah menghadap ke kiblat bagi Mazhab Syafie

Dalam Mazhab Syafie, terdapat tiga kaedah yang digunapakai bagi menentukan syarat sah menghadap kiblat.

Bagi mereka yang berada di Masjidil Haram

Bagi mereka yang berada di Masjidil Haram, adalah wajib bagi mereka menghadap dengan penuh yakin kearah Kaabah sama walaupun tidak nampak Kaabah tersebut. Ia disebut sebagai Kiblat Yakin.

Bagi mereka di luar Masjidil Haram tetapi masih dalam kawasan Kota Mekah

Bagi mereka yang berada di kawasan ini, mereka hendaklah menghadap ke arah Masjidil Haram dengan berniat menghadap kearah Kaabah secara Zanni atau sangkaan. Kaedah ini dikenali sebagai Kiblat Zanni.

Bagi mereka yang berada di luar Kota Mekah 

Bagi mereka yang berada di luar Tanah Suci Mekah seperti di Malaysia, kita perlulah menghadap kearah Tanah Suci Mekah dengan tujuan menghadap Kaabah dan Masjidil Haram. Untuk menentukannya, kita menggunakan ijtihad berdasarkan ilmu falak dan astronomi.

Bagaimana untuk menetukan arah kiblat jika berada di dalam hutan?

Katakanlah kita berada di dalam hutan, dan tidak mempunyai sebarang peralatan untuk menentukan arah kiblat. Apakah cara yang boleh dilakukan untuk menetukan arah kiblat?

Situasi seperti dikira sebagai satu keadaan yang darurat. Dengan itu, kita perlu berijtihad dan yakin untuk memilih satu arah yang dirasakan arah yang tepat menghadap ke Kota Mekah.

Dalam keadaan ini, adalah tidak mengapa jika kita menghadap kemana-mana arah sekalipun.

Adakah solat perlu diqada’kan jika telah disedari salah kiblat?

Dalam hal ini, Mazhab Syafie mempunyai dua pendapat.

  1. Pendapat pertama mengatakan perlu diqada’kan solat tersebut jika telah menyedari bahawa kiblat yang dihadapnya adalah kiblat yang salah. Maksudnya, sesiapa sahaja yang solat berdasarkan ijtihad, dan kemudiannya mendapati kiblatnya itu salah, maka dia wajib menggantikan solatnya.
  2. Pendapat kedua pula menyatakan tidak perlu diqada’kan solat tersebut. Pendapat ini juga dinyatakan dalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki.

Dalam pendapat yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, kita tidak diwajibkan untuk mengqada’kan solat tersebut jika kita menentukannya secara ijtihad kerana tidak tahu arah kiblat yang tepat.

Banyak juga dalil yang menyatakan pendapat seperti ini. Ini kerana penentuan arah kiblat hanya bersifat Zanni iaitu melalui anggaran atau sangkaan.

Usaha untuk mendapatkan arah yang tepat

Jika hanya satu atau dua waktu solat yang tersilap kiblat, adalah lebih baik untuk kita mengqada’kannya. Namun, jika ia sudah lama sehingga bertahun-tahun, ia adalah dimaafkan dan tidak perlu diqada’kan.

Bagi isu penentuan kiblat dalam hutan, kita berusaha terlebih dahulu untuk mendapatkan arah yang tepat.

Jika tidak mampu, maka pilihlah mana-mana arah yang diyakini untuk bersolat. Perkara yang paling penting adalah kiblat di dalam hati iaitu Allah Taala.