Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Bagaimana umat Islam mempengaruhi Sepanyol

Dunia 09 Dis 2020
Pilihan oleh Nur Adibah Ramly
dreamstime_s_18985367
Jejak budaya Islam yang indah di istana Alhambra, Granada © Mangojuicy | Dreamstime.com

Sepanyol merupakan salah sebuah negara yang sangat popular dan terkenal di dunia. Ia merupakan negara kedua paling ramai dikunjungi di dunia yang menerima lebih daripada 82 juta pelancong pada tahun 2017.

Sepanyol adalah kuasa utama ekonomi dan perindustrian dan pencapaian sukan turut menjadikan Sepanyol terkenal di seluruh dunia. Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa keadaannya hari ini suatu ketika dahulu pernah  dijajah, ditadbir dan dibangunkan oleh umat Islam.

Bagaimana Umat Islam Mempengaruhi Sepanyol

Semuanya bermula pada abad ke-8 (sejak tahun 711-718). Ketika itu, para pejuang Muslim yang gagah berani dari Afrika Utara (dikenali sebagai orang Moor) menakluk bahagian selatan Eropah yang dikenali sebagai Semenanjung Iberia (sekarang merupakan wilayah yang meliputi Sepanyol dan Portugal).

Umat ​​Islam menakluk Semenanjung Iberia sebagai sebahagian daripada gerakan peluasan wilayah kekhalifahan Umayyah. Bermula tahun 711 sehingga 1492, seluruh Semenanjung Iberia telah dinamakan sebagai Andalusia. Ia kemudian ditadbir oleh beberapa tokoh kepemimpinan terbaik umat Islam.

Andalusia adalah sebuah tempat yang sangat menarik dan berwarna-warni kerana ia pertembungan tiga kepercayaan monoteistik iaitu Islam, Yahudi, dan Kristian. Penguasa Muslim memperlakukan orang bukan Islam berdasarkan undang-undang syariah dan mereka tidak dianiaya.

Umat ​​Islam menggunakan kuasa mereka dengan mempromosi toleransi dan perpaduan. Inilah faktor kenapa semua kumpulan agama yang berbeza boleh hidup harmoni. Kedamaian dan keharmonian menguasai seluruh wilayah. Tahap peradaban yang dibawa ke bahagian Eropah ini sangat mengagumkan sehingga para sarjana dan sejarawan membandingkannya dengan pemerintahan pada zaman Renaissance Itali atau Empayar Rom yang dianggap makmur suatu ketika dahulu.

Seiring waktu, para pemimpin Islam menyebarkan keindahan Islam di wilayah naungan mereka. Mereka meninggalkan pengaruh Islam yang tidak dapat disangkal di seluruh kawasan.

Sebagai contoh, batu terkenal yang sekarang disebut Gibraltar yang dinamakan oleh orang Islam, sebagai Jabal At-Tariq (dalam bahasa Arab ia bermaksud ‘Batu Tariq’) dan dinamakan sempena lokasi di mana pasukan Muslim jeneral Tariq bin Ziyad berjaya mendarat.

Era Islam Sepanyol stabil dan makmur

Walaupun orang Islam telah menang dan mengambil alih Semenanjung Iberia, mereka turut menawarkan syarat penyerahan dengan belas kasihan. Bahkan, membantu menyatukan kawalan ke atas Sepanyol dan Portugis yang mengalu-alukan kehadiran mereka.

Islam menganjurkan agar orang Islam yang menang memperlakukan tawanan dengan rasa belas kasihan dan kebaikan. Dan inilah bagaimana kaum Moor dapat menguasai kawasan itu selama berabad-abad lamanya.

Era umat Islam di Sepanyol telah digambarkan sebagai era kestabilan dan kemakmuran. Kemajuannya begitu menonjol sehingga disebut sebagai zaman kegemilangan. Ini kerana terdapat tandas awam, perpustakaan, kolej, dan institusi pembelajaran lain yang disediakan di seluruh tempat.

Di institusi pula, mata pelajaran seperti puisi, sastera, dan seni bina diajar kepada mereka dan ini jelas menunjukkan bahawa umat Islam telah memberi sumbangan budaya yang besar di wilayah ini.

Seperti yang dinyatakan sebelumnya antara salah satu sebab utama Sepanyol sangat popular adalah kerana tapak pelancongannya dan salah satu tempat yang paling kerap dikunjungi ialah Alhambra, iaitu sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia adalah salah satu warisan terpenting umat Islam ketika memerintah Sepanyol.

Semoga Allah SWT membawa umat Islam ke jalan kesejahteraan di dunia, aamin.