Baia Baia Paris Kini di Kuala Lumpur

Jenama fesyen antarabangsa, Baia Baia Paris kini tiba di Kuala Lumpur.  Bertempat di Pavilion, Kuala Lumpur , pencinta fesyen boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang sedikit berbeza daripada jenama fesyen lain.

Dengan Baia Baia Paris anda boleh memiliki sepasang flip flop, kasut atau beg mengikut citarasa atau personaliti anda sendiri. Mungkin boleh juga bereksperimen dengan gaya yang lain daripada lain. Mana tahu jadi ikutan ramai.

Mulakan pencarian gaya dengan memilih sepasang flip flop, sandal  atau kasut yang digemari. Kemudian pilih aksesori yang bersesuaian. Ada beberapa tema yang boleh dipilih seperti Miami, Classic, dan Diamond and Pearl.

Tidak dinafikan perasan keliru atau terlalu teruja membuatkan proses pemilihan aksesori akan mengambil masa yang panjang, tetapi jangan risau, minta petugas stor membantu anda membuat pilihan. Terangkan kepadanya gaya yang anda mahukan. Contohnya ke mana item fesyen itu mahu digayakan? , untuk acara siang atau malam? dan personaliti yang bagaimana anda ingin serlahkan?

Satu lagi keistimewaan Baia Baia Paris ialah, anda boleh membawa flip flop atau kasut sendiri untuk dihias di sini. Cuma beli aksesori untuk dipadankan, dan mereka akan lakukan kerja-kerja lain secara percuma.

Ketika ditemui pada majlis pembukaan rasmi Baia Baia Paris baru-baru ini, Pengarah Eksekutif Baia Baia Malaysia, Sarah Abdul Razak memberitahu, pihaknya yakin penggemar fesyen di Malaysia akan memberi sokongan terhadap jenama Paris  itu.

“Kami mendapat inspirasi membawa jenama fesyen ini ke Kuala Lumpur ketika bercuti ke Paris beberapa tahun lalu. Tertarik dengan konsep yang ditampilkan, kami percaya Baia Baia mampu memikat hati rakyat Malaysia. Ini terbukti apabila stor di Pavilion mendapat maklum balas yang memberangsangkan.

Biarpun ini jenama antarabangsa, kami menawarkan harga yang cukup kompetitif. Untuk dua pasang flip flop ia hanya berharga RM119.90. Sementara charm boleh dibeli pada harga serendah RM8.90 seunit,” ujar Sarah.

Dalam masa yang sama, Suraya juga memberitahu pihaknya sedang mengatur langkah untuk membuka lebih banyak stor di seluruh Malaysia, termasuklah di Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut tentang jenama ini, anda boleh menjenguk ke akaun Instagaram @baiabaiamy atau Facebook Baia Baia Malaysia.

 

Kredit foto : Baia Baia Malaysia & Rahayu Mat Nah