Bakar kain untuk tarik perhatian kapal besar

Uncategorized Adea Ghafar 14-Dis-2019

KUANTAN, 13 Dis — Shaharul Nizam Mat Yasin, 44 dan ayahnya Mat Yasin Sulong, 67 dari Beserah yang hanyut di laut semasa keluar menangkap ikan semalam, memberitahu mereka membakar kain untuk mendapatkan perhatian sebuah kapal besar berhampiran bot rosak mereka. Namun, usaha itu gagal kerana keadaan gelap dan jarak masih terlalu jauh antara mereka.

Semasa ditemuramah pemberita di Jeti Tanjung Api, Shaharul berkata dia dan ayahnya senantiasa tenang dan mengelak dari tidur dalam menghadapi gelora laut dan gelap malam.

Akhirnya, mereka ditemui dan diselamatkan oleh sebuah bot pukat tunda nelayan tempatan kira-kira 11 batu nautika dari lokasi asal bot rosak.