Bangunkan potensi dan cari diri terbaik anda

Sahsiah Zalika Adam 03-Sep-2020
dreamstime_s_155111514
Bangunkan potensi diri © Szefei | Dreamstime.com

(Terjemahan SalamWebToday bahasa Arab)

Mungkin anda tidak menyedari bahawa anda mempunyai banyak tenaga di dalam diri anda dan itu adalah sumber tenaga dan kemampuan hidup yang besar. Tetapi ia mungkin tidak aktif dan tidak menemui seseorang untuk meletupkannya. Oleh itu ia kekal menjadi rahsia.

Apa yang anehnya bahawa ada yang berasa kecewa dan tidak peduli dengan kejayaan atau mendapatkan matlamat. Dia tidak mengetahui bahawa dirinya mencapai satu tamparan yang direka, kerana dia sudah melakukan perbuatan yang buruk.

Seterusnya, kemampuannya terhenti daripada terus bangun dan mendorong dirinya menjadi lebih baik. Oleh itu, setiap orang mestilah berhati-hati apabila menggunakan minda dalamannya. Kerana asal kejadian manusia adalah untuk memberi dorongan pada dirinya sendiri kepada lebih baik. Ia juga didorongkan oleh beberapa elemen positif yang membantunya sampai kepada cita-cita.

Berikut adalah beberapa perkara penting yang menjadikan kita sedar dari lena dan bergerak ke hadapan dengan semangat yang jitu.

Cita-cita pada hari esok bangkit dengan kekuatan potensi. Pada hari esok, tiada siapa yang boleh menyedarkan kemampuan bakat anda melebihi cita-cita dan harapan. Anda akan sedar bahawa anda belum mencapai sesuatu yang penting, sedangkan anda memerlukan kepada kemajuan yang berterusan. Maka, harapan dan cita-cita akan merubahkan anda kepada tenaga yang luar biasa dan kekuatan yang jitu untuk bertindak dan melancarkan keaadaan sekeliling anda.

Sentiasa bersikap positif dan jangan bergantung pada emosi negatif. Kebanyakan perasaan negatif membunuh perasaan anda tentang nilai kehidupan dan pekerjaan serta membuatkan anda tidak peduli dengan sesuatu. Maka dalam kitaran hidup, anda menjadi orang biasa tanpa cita-cita atau tujuan.

Jika anda mempunyai perasaan positif, anda akan melihat segala yang ada di sekeliling anda dengan baik dan anda akan berusaha ke hadapan. Anda akan menghasilkan tenaga yang luar biasa untuk kerja dan pencapaian. Seterusnya ia dapat meningkatkan semangat anda untuk bekerja, menghasilkan produk dan kemajuan.

Belajarlah dari model-model Timur dalam sejarah manusia. Sentiasa ingat akan model-model tersebut yang dapat melayani golongan manusia. Sama ada dengan pencapaian dan ciptaan. Ia berusaha dan berkorban untuk membuatkan orang lain bahagia. Kemudian, pencapaian itu diabadikan oleh sejarah agar mendapat perhatian dan penghargaan. Oleh itu, letakkan model-model yang dibangunkan itu atas usaha serta kesulitan yang anda lalui.

Anda perlulah ingat dan ketahui bahawa jalan itu masih panjang untuk anda. Seterusnya, anda tidak akan mencapai apa yang anda impikan melainkan melalui kerja, perjuangan dan kemajuan diri. Ianya sesekali tidak akan berlaku, melainkan jika anda menyedari kemampuan anda dan memandang terus ke arah masa depan anda.

Ketahuilah bahawa setiap pekerjaaan yang anda lakukan mempunyai kaitannya dengan niat anda. Jadi niat mestilah baik untuk mendapat kebaikan, kejayaan dan ganjaran. Selain itu, niat dan pembaharuannya untuk setiap pekerjaan yang anda lakukan akan mendorong anda maju dan membuatkan anda produktif.

Seterusnya, anda bersedia untuk mempersembahkan pekerjaan itu. Lalu bangkit menggunakan tenaga dalaman anda yang terhenti. Ia dapat menghasilkan kebaikan dan mencapai objektif anda dengan mudah.

Sentiasa berusaha menjadi yang terbaik. Keghairahan untuk cemerlang dan mendorong kita berkali-kali untuk berada dalam keadaan yang sempurna dengan fokus sepenuhnya. Kemudian, membangunkan kemampuan subjektif untuk mencapai objektif yang diinginkan.

Oleh itu, sekiranya anda ingin menjadikan kemampuan itu berperanan dalam diri dan minda anda, maka anda mestilah berhati-hati menjadi orang yang cemerlang dan sentiasa mendapatkan perkara yang tinggi dan berusaha menjadi yang terbaik. Jangan berpuas hati dengan perkara yang sedikit, sedangkan di sana masih banyak lagi yang perlu diterokai. Tetapi berusahalah sendiri dan jangan menyerah pada ketentuan anda.

Anda adalah orang yang mencipta peluang. Jangan tunggu peluang datang kepada anda untuk menjadi sesuatu. Tetapi apa yang mesti anda lakukan ialah mengambil peluang dan meningkatkan peluang tersebut. Ketahuilah bahawa kebanyakan mereka yang telah maju dan yang terkenal di sekitar kita, lebih baik bagi mereka mengambil peluang daripada membuangkan peluang itu.

Maka, ubahlah mereka dengan kecerdasan dan cita-cita mereka menjadi peluang yang sempurna. Mereka boleh berjaya dan maju ke arah yang lebih baik.

Sebenarnya, tujuan pekerjaaan dan penghasilan produk adalah untuk menunjukkan kemampuan dan pengeluaran produk itu dibangunkan, dan biasanya ia boleh dicapai. Kerana kehidupan itu tidak boleh diberikan kepada seseorang yang tidak mempunyai cita-cita.

Jika dia mempunyai cita-cita, tetapi mungkin dia tidak mempunyai kemampuan untuk melakukannya. Oleh itu, anda mestilah sedar akan potensi keupayaan jika anda ingin mencapai apa yang diimpi-impikan.