Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup malam tadi

Uncategorized Hafiz Firdaus 24-Dis-2019

KOTA BHARU, 24 Dis — Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup mengumumkan penutupan kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, kira-kira pukul 8 malam tadi berikutan keadaan cuaca baik di seluruh negeri sejak dua hari lepas.

38 mangsa banjir daripada 15 keluarga terakhir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong, Pasir Mas telah pulang ke rumah masing-masing malam tadi. Walaupun gelombang kedua banjir berlaku awal, semua keperluan asas bagi mangsa banjir dapat sediakan tanpa sebarang masalah kerana persiapan awal telah dilakukan.

Persiapan yang sama juga dilakukan bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya di Kelantan yang diramal pada 25 Disember ini.