Bank Islam Beri Makanan Berbuka Percuma Untuk Orang Awam

Bank Islam Malaysia telah menganjurkan majlis berbuka puasa untuk orang awam sepanjang bulan Ramadan berlangsung.

Bertempat di Menara Bank Islam Kuala Lumpur, majlis berbuka puasa itu dilihat sebagai alternatif terbaik bagi warga kota yang tidak sempat pulang ke rumah untuk berbuka.

Menurut pengalaman yang dikongsi oleh warga net di Facebook, dia sangat kagum dengan majlis yang disifatkannya setaraf dengan majlis berbuka puasa di hotel.

Pelbagai juadah menarik yang disediakan dari nasi, lauk pauk, kuih muih dan air minuman yang beraneka. Kongsinya lagi, ramai orang dari pelbagai latar belakang yang datang berbuka puasa di situ.

Tahniah SalamToday ucapkan kepada Bank Islam kerana dapat menganjurkan majlis yang sangat bermanfaat untuk orang awam terutamanya yang memerlukan.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Kepada pembaca SalamToday yang mungkin berada di kawasan berhampiran dengan Menara Bank Islam, boleh lah cuba untuk berbuka puasa di sana. Surau juga disediakan untuk solat maghrib dan solat terawih.

 

Sumber : Facebook & www.muftiwp.gov.my