Bank Negara Malaysia (BNM) perlu kekal bebas dan profesional demi kestabilan kewangan

Uncategorized MAS 12-Dis-2019

Akta Bank Negara Malaysia yang memperuntukkan peranan BNM sebagai bank pusat yang bebas dan profesional perlu dikekalkan. Perkara ini kritikal demi menjamin kestabilan monetari dan sistem kewangan yang kondusif kepada pertumbuhan ekonomi negara yang mampan. Fungsi bebas berkenaan mengizinkan BNM memfokuskan kepada perspektif ekonomi dan sistem kewangan untuk jangka panjang.

Walaupun menghadapi persekitaran global yang semakin sukar, ditambah pula turun naik pasaran antarabangsa, BNM akan kekal melaksanakan mandat tersebut dan meletakkannya sebagai keutamaan.

Sesuai dengan slogan “Berakarkan nasional, berakalkan global”, BNM akan menjamin tindakan yang dilaksanakan dapat menyumbang kepada perkhidmatan berkualiti tinggi, berintegriti dan profesional demi kepentingan negara.