Bantuan musim tengkujuh RM164 juta kepada pekebun kecil dan penoreh getah

Uncategorized Adea Ghafar 09-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah memperuntukkan sebanyak RM164 juta melalui program Bantuan Musim Tengkujuh 2019 untuk disalurkan kepada 274,639 pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar dengan RISDA.

Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, para penerima yang terdiri daripada 255,997 pemilik pengusaha dan 18,642 penoreh bukan pemilik akan diberi bantuan sebanyak RM600 seorang.

Bayaran kewangan terbabit akan disalurkan terus dalam dua peringkat, iaitu RM300 pada bulan Disember 2019 dan RM300 pada bulan Januari 2020. Permohonan dan kemaskini maklumat pemohon harus dibuat sebelum 15 Disember 2019.