Neelofa Hadiri Minggu Fesyen Antarabangsa

 

Baru-baru ini telah berlangsung Minggu Fesyen yang pertama untuk tahun 2019 di beberapa kota fesyen di seluruh dunia termasuklah New York, London, Milan dan Paris. Ramai penggiat fesyen serta barisan selebriti popular dari seluruh dunia diundang untuk menyaksikan pementasan koleksi-koleksi terkini.

 

fashion show

Turut diundang selebriti dan fesyenista dari Malaysia iaitu Noor Neelofa Mohd Noor. Dengan bilangan jumlah pengikut seramai 6 juta di Instagram, tidak hairanlah kenapa nama Neelofa sering menjadi pilihan jenama-jenama mega antarabangsa untuk duduk di bangku hadapan pertujukan fesyen mereka.

Hujung tahun lalu juga, usahawan berjaya ini telah mengikat kontrak dengan agensi model di London dan Paris yang membolehkannya mendapat akses serta laluan lebih mudah untuk menyertai acara fesyen di Eropah.

 

Antara pertunjukan fesyen yang dihadiri Neelofa ialah Erdem, Fendi, MaxMara, Yohji Yamamoto, dan Miu Miu. Neelofa turut menjadi selebriti pertama dari Malaysia yang diundang untuk menyaksikan pertujukan rumah fesyen Prada.

Gayanya yang unik sering menjadi tumpuan lensa jurukamera antarabangsa untuk merakamkan wajahnya.

 

Girl in Hijab

Kehadiran Neelofa di minggu fesyen antarabangsa telah membuktikan bahawa wanita Muslim juga mampu berhias dengan baik dan kelihatan bergaya tanpa mendedahkan sebahagian bentuk badan mahupun rambut.

Semoga selepas ini lebih banyak wanita Muslim yang berhijab mendapat peluang serta lebih diterima di arena fesyen antarabangsa.

oleh : Helmi Anuar