Batik Air Kini Terbang Dari Jakarta ke Pulau Pinang

Batik Air, anak syarikat penerbangan tambang murah Lion Air, kini sudah memulakan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang, Banten, Jakarta ke  Pulau Pinang.

Penerbangan pertama laluan ini bermula pada 29 Mei lalu dengan disempurnakan oleh Pengurus Kanan Angkasa Pura II, Erwin Revianto, Pengarah Keselamatan Batik Air, Kapten Wamildan Tsani, Pengarah Teknikal Batik Air, Yanto Supriatno dan Pengurus Batik Air Flight Crew Pengurus, Kapten Arif Purnawanto.

Sebagai syarikat penerbangan premium, Batik Air akan mengendalikan pesawat Boeing 737-800NG untuk laluan baru, yang terdiri daripada 12 kerusi kelas perniagaan dan 150 kerusi kelas ekonomi. Pesawat ini juga akan dilengkapi dengan hiburan inframerah untuk setiap kerusi.

Mengulas tentang perkembangan terbaru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Kapten Luthfie Achmad berkata, laluan ke terus ke Pulau Pinang dari Jakarta itu dibuat bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Hari ini Batik Air kembali berkembang dengan melakukan penerbangan sulung ke salah satu kota kegemaran di Malaysia, iaitu Pulau Pinang.”

“Dalam usaha menyediakan perkhidmatan terbaik, kami mempunyai kekerapan terbang sekali setiap hari secara teratur.”

“Kami menjangkakan pelancong dan pelanggan-pelanggan perniagaan dapat melakukan perjalanan lebih mudah di rantau Asia. ”

“Bagi pihak pengurusan, kami sangat bangga memperkenalkan Pulau Pinang sebagai destinasi terbaru Batik Air,”kata Kapten Luthfie.

Penerbangan Batik Air ke Pulau Pinang, dengan nombor penerbangan ID-7161, akan berlepas dari Jakarta pada jam 7.pp pagi waktu tempatan, dan tiba di Pulau Pinang jam 10:15 pagi.

Manakala, penerbangan dari Pulau Pinang akan berlepas pada jam 11.00 pagi waktu tempatan dan tiba di Jakarta pada pukul 12:15 tengahari waktu tempatan.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, anda boleh melayari www.batikair.com

Kredit foto : Batik Air