Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Bawang hitam penawar penyakit

Makanan Sihat 13 Dis 2020
Zalika Adam
Bawang hitam penawar penyakit
Bawang hitam penawar penyakit © Katerina Kovaleva | Dreamstime.com

Bawang hitam penawar penyakit – Black garlic (bawang hitam) merupakan bawang putih segar yang telah difermentasi. Tempoh waktu fermentasi bawang ini bergantung kepada alat yang digunakan. Jika disimpan di kawasan tertutup dengan suhu 60-70%C waktu fermentasi yang diperlukan antara 30 hingga 90 hari.

Namun, jika suhu untuk membuatnya melebihi dari 70% celcius, waktu fermentasi yang diperlukan lebih singkat.

Bawang hitam penawar penyakit

Apabila bawang putih menjadi black garlic, maka antioksidannya meningkat 2 kali ganda dari bawang putih biasa. Proses fermentasi juga membuat protein yang terkandung dalam bawang putih biasa terurai menjadi asam amino, karbohidratnya terurai menjadi fruktosa dan elemen nutrisinya meningkat dua kali ganda.

Bawang hitam mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Seorang petani bawang putih di United Kingdom mendakwa pada tahun 2009, dia menggunakan resepi Korea yang berusia 4000 tahun untuk membuat black garlic.

Ada yang mengatakan kisahnya bermula pada abad ke-20. Namun, pada tahun 2004 seorang Korea mempatenkan alat untuk membuat black garlic dan menyatakan bahawa “Tidak kira apa yang anda dengar, bahawa black garlic bukanlah makanan kuno dari Korea. Saya membuatnya dan mempunyai tiga paten untuk proses kepunyaan saya”.

Terdapat juga pandangan dari keluarga Jepun dan Korea bahawa mereka telah membuat dan menggunakan black garlic selama berabad-abad. Kemungkinan semua ini adalah kisah asal yang masih diterima.

Prof. Dato’ Dr. Noordin Darus merupakan pengasas black garlic di Malaysia. Banyak kajian sudah dilakukan bagi menghasilkan perubatan semulajadi dan berkhasiat berasaskan black garlic.  Pada tahun 2001, beliau berjaya mengahasilkan produk tersebut apabila beliau sendiri berjaya menguji penyakit yang dihidapinya.

Manfaat bawang hitam

Antara manfaat Black Garlic ialah:

1. Kaya dengan nutrisi

Black garlic merupakan ubat semulajadi atau herba yang mengandungi banyak kandungan nutrisi untuk tubuh badan. Black garlic bisanya memenuhi keperluan harian untuk vitamin C (71%), kalsium (25%), zat besi (13%), karbohidrat (15%), serat (11%).

2. Sumber antioksidan

Black garlic berperan seperti buah-buahan. Sama seperti jeruk, kiwi, blueberry dan lain-lainnya. Ia  juga merupakan sumber antioksidan yang baik dan dapat mencegah berbagai penyakit seperti virus, dan bakteria.

3. Mengurangkan gula dalam darah

Satu kajian telah membuktikan bahawa manfaat black garlic dapat menurunkan kadar gula dalam darah. Hal ini kerana ia dapat membantu meningkatkan produksi insulin yang berguna untuk mengurangkan kadar gula dalam darah dan menstabilkannya.

4. Menurunkan kolesterol

Dapat menurunkan kolesterol dalam tubuh. Satu kajian membuktikan bahawa menjadikan black garlic secara rutin harian dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam darah di tubuh hingga mencapai 15%.

5. Mencegah kanser

Satu kajian mendapati, bahawa kandungan diallyl sulfida yang terdapat di black garlic dipercayai mampu mencegah pertumbuhan sel kanser dalam tubuh dan dapat membantu menurunkan pertumbuhannya.

Oleh itu, bolehlah kita mencuba black garlic ini yang rasanya menyerupai buah Perun. Banyak manfaat yang boleh diperolehi dengan amalan memakannya. Äkal yang sihat daripada tubuh badan yang sihat!