Beberapa aplikasi terbaik untuk belajar bahasa – secara percuma!

Teknologi Aimi Azhary
Aimy Azhary
Beberapa aplikasi terbaik untuk belajar bahasa - secara percuma!
Beberapa aplikasi terbaik untuk belajar bahasa - secara percuma! © Elnur | Dreamstime.com

Bahasa merupakan suatu keperluan semasa, terutama dalam memenuhi tuntutan pasaran dunia dan demi masa depan sektor pekerjaan sesuatu negara. Penggunaan bahasa ibunda sahaja tidak cukup kerana penguasaan bahasa asing mampu membuka ruang pengetahuan yang luas tanpa batasan.

Kita beruntung apabila dunia serba moden menemukan kita dengan teknologi mudah alih, dan membolehkan kita mempelajari apa sahaja tanpa mengeluarkan duit, tenaga, mahupun masa yang banyak.

Berikut merupakan aplikasi terbaik untuk mempelajari bahasa asing (Android dan iOS).

Buusu

Keistimewaan aplikasi ‘Buusu’ ini ialah pengguna boleh mempelajari bahasa baru di mana-mana sahaja tanpa perlu bergantung kepada talian internet. Aplikasi ini menyediakan pembelajaran bahasa Arab, Inggeris, Sepanyol, Itali, Perancis, Jepun, Cina, Rusia, Portugal, Turki, dan Poland.

Sewaktu mendaftar di awal penggunaan aplikasi ini, anda boleh terus membuat tetapan bahasa yang ingin dipelajari dan memilih tahap penguasaan semasa anda. Di samping itu, kita boleh menentukan tahap sasaran penguasaan yang dikehendaki serta menyusun jadual pembelajaran sesuai dengan rutin peribadi.

Selain berinteraksi dengan aplikasi, pengguna juga boleh belajar bersama 60 juta pengguna lain dari seantero dunia. Dengan itu, kita berpeluang mengambil manfaat dari tenaga pakar dan menyumbang bantuan atau buah fikir kita sendiri sekiranya perlu. Hal ini mewujudkan suasana diskusi dan pembelajaran bahasa yang efektif buat pengguna.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma bagi peringkat asas. Sekiranya ingin meneruskan ke tahap lebih tinggi, pengguna perlu membuat langganan secara bulanan.

Dualingo

Aplikasi ‘Dualingo’ merupakan antara aplikasi percuma terbaik dan boleh dimuat turun melalui mana-mana sistem peranti sama ada Android mahupun IOS.

Ia menyediakan pendekatan pembelajaran yang menarik serta mesra pengguna dan sesiapa sahaja boleh melepasi tahap-tahap penguasaan bahasa dengan lancar dan mudah.

Setiap subjek di dalamnya mempunyai ujian tentang kosa kata dan tatabahasa, di samping latihan membaca, menterjemah, bertutur dan mendengar.

Aplikasi ini menawarkan puluhan bahasa untuk dipelajari, seperti bahasa Inggeris, Sweden, Itali, Jerman, Perancis, Sepanyol, Romania, Poland, Yunani, Turki, Rusia dan lain-lain lagi.

Babbel

Aplikasi ‘Babbel’ adalah salah satu aplikasi percuma yang terkenal untuk mempelajari pelbagai bahasa seperti bahasa Sepanyol, Perancis, Jerman, Itali, Portugis dan Sweden, tetapi tidak termasuk bahasa Arab.

Setelah memuat turun aplikasi ini, anda perlu mendaftar dan memilih bahasa yang ingin dipelajari. Kemudian, ia akan bermula dengan mempamerkan sejumlah perkataan dan cara menyebutnya. Ini termasuklah kosa kata mengikut klasifikasinya seperti istilah perubatan, matematik dan perkataan harian.

Selain itu juga, aplikasi Babbel membantu individu mempelajari sesuatu bahasa sehingga mampu mempraktikkannya dalam kehidupan seharian, dengan memfokuskan kepada dialog, cara menggunakan sesuatu perkataan dalam ayat, dan cara menyebutnya dengan betul.

Ia juga akan mempamerkan perbualan palsu atau kepada pengguna untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa.

Memrise

Aplikasi ‘Memrise’ menggunakan pendekatan praktikal untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat, tanpa melupakannya. Kita juga berpeluang berinteraksi dengan jutaan pengguna lain.

Aplikasi ini akan memaparkan video bagaimana penduduk tempatan menutur bahasa yang akan dipelajari di samping menunjukkan terjemahan literal bagi sesuatu perkataan dan cara menggunakannya dengan betul.

Bukan itu sahaja, aplikasi ini merangkumi pelbagai kursus dalam Sastera, Matematik, Sains, Geografi, dan sebagainya, dalam sekitar 200 bahasa, termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol, Cina dan lain-lain.

Pelbagai kursus di dalamnya tersedia secara percuma. Namun, pengguna perlu membuat langganan Memrise Pro untuk mendapatkan pakej penuh dengan pilihan sama ada secara bulanan atau secara tahunan.

Enjoy Ali Huda! Exclusive for your kids.