Buletin SalamWebToday
Sign up to get weekly SalamWebToday articles!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Beberapa lokasi tempat makan menarik di Muar

Makanan 23 Jan 2021
Chan Abdullah
Beberapa lokasi tempat makan menarik di Muar (foto: Burger D’Raje Western Grill)
Beberapa lokasi tempat makan menarik di Muar (foto: Burger D’Raje Western Grill) © facebook.com/burgerdraje

Bandar Muar, Johor mempunyai banyak tarikan tempat makan yang menyajikan makanan-makanan yang semestinya lazat. Antara yang meniti di bibir penggemar makanan pastinya mee bandung Muar.

Namun selain mee bandung Muar, mari kita lihat beberapa lagi lokasi makan menari yang terdapat di bandar Muar.

Burger D’Raje Western Grill

Bagi penggemar makanan barat, anda seharusnya datang berkunjung ke kedai Burger D’Raje ini. Dikatakan burger bakar di kedai ini merupakanantara  burger terbaik di daerah Muar.

Salah satu keistimewaannya ialah daging burger di kedai ini dihasilkan sendiri oleh pekerjanya. Daging burger yang tebal dibakar hingga lembut dan dihidangkan bersama dengan sos juga sayur. Harganya juga berpatutan dan sangat bersesuaian dengan set burger yang dihidangkan.

Restoran Murtabak Singapura JD

Bagi peminat tegar murtabak Singapura anda tidak perlu ke negara jiran untuk mendapatkan murtabak Singapura. Anda boleh datang sahaja ke Muar ke Restoran Murtabak Singapura JD yang terletak di Jalan Kesang. Rasanya tak tumpah seperti murtabak Singapura yang asli.

Bahagian untuk satu hidangan murtabak Singapura ini cukup untuk dinikmati oleh dua hingga tiga orang kerana saiznya yang besar dan isinya yang tebal. Sangat berbaloi untuk datang bersama keluarga menikmati murtabak Singapura di restoran ini.

Medan Asam Pedas Parit Jawa

Terletak di Medan Asam Pedas, MPM, 84150 Parit Jawa, Johor, anda boleh menikmati juadah asam pedas sambil menikmati pemandangan Pantai Leka. Medan Asam Pedas Parit Jawa ini beroperasi pada setiap jam 11 pagi hingga jam 4 petang.

Keunikan asam pedas di sini adalah pada kuahnya yang pekat. Memang tidak mengecewakan jika singgah makan asam pedas di sini. Anda boleh membuat pilihan asam pedas dengan ikan yang anda suka. Cubalah rasa, memang asam pedas Johor sangat unik.

Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Mee Bandung Abu Bakar Hanipah antara yang terkenal di bandar Muar. Keenakan mee bandung di kedai ini cukup memukau sesiapa sahaja yang merasainya. Beroperasi seawal 7 pagi hingga 4 petang, kedai ini terletak di Jalan Abdullah, Muar, Johor.

Kelazatan hidangan mee bandung di sini membuatkan pengunjung berulang kali berkunjung ke kedai ini. Untuk makluman, kedai ini turut menjual pes mee bandung untuk anda masak sendiri di rumah. Jadi yang tinggal berjauhan dari Muar, bolehlah mengubati kerinduan anda terhadap mee bandung melalui pes mee bandung ini.

Sekiranya berkesempatan berkunjung ke bandar Muar, bolehlah mencuba beberapa lokasi tempat makan menarik di Muar ini. Jauh perjalanan luas pengalaman, perut kekenyangan.