Resipi Bebola Nasi Perang Rangup

HyperFocal: 0

Menikmati hidangan minum petang sambil berbual-bual dengan ahli keluarga atau rakan-rakan memang mampu meningkatkan mood gembira. Lebih-lebih lagi jika hidangan itu membuka selera.

Hidangan yang enak tidak semestinya sukar untuk disediakan. Banyak resipi mudah yang boleh dicuba. Salah satunya ialah Bebola Nasi Perang Ranggup ini. Jika punya masa nanti, bolehlah cuba sediakan hidangan ini.

 

Bahan-bahan :

200 gram nasi beras perang

1 tin Ayam Brand Chili Tuna

150 gram keju parmesan, diparut

100 ml Ayam Brand Santan

½ sudu garam

 

Cara membuatnya:

1) Lenyekkan dan campurkan tuna dengan nasi yang telah dimasak.

2) Panaskan ketuhar kepada 200°C dan letakkan kertas pembakar pada dulang pembakar.

3) Bentuk nasi menjadi bebola kecil dan gulingkan pada keju parut. Susun di atas dulang. Taburkan lebihan keju ke atas bebola nasi.

4) Bakar selama 8 hingga 10 minit sehingga keju menjadi perang keemasan dan rangup.

5) Di dalam mangkuk kecil, masukkan santan dan sedikit garam. Campurkan.

6) Hidangkan bebola nasi dengan dip santan.

 

Foto : Ayam Brand