Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh 72 jam – Air Selangor

Uncategorized Syed Safri 24-Dis-2019

KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd melalui kemas kini laman webnya memaklumkan pemulihan bekalan air kepada pelanggan akan berlaku secara berperingkat menurut kedudukan geografi dan altitud premis, dan bekalan air terawat telah disalurkan ke dalam sistem agihan untuk dibekalkan ke premis pengguna mulai jam 1 pagi tadi.

Sebahagian kawasan terjejas telah mula menerima bekalan air sejak awal pagi dan bekalan air di semua kawasan dijangka pulih sepenuhnya dalam masa 72 jam.

Loji Rawatan Air Bukit Tampoi masih belum beroperasi akibat pencemaran bau. Gangguan bekalan air ini berlaku berikutan pencemaran bau sumber bekalan air ke Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.