Bekas jurulatih badminton Izuan meninggal dunia

Uncategorized Yen Doran 23-Dis-2019

Bekas jurulatih badminton Izuan Ibrahim meninggal dunia pada 7.20 malam 23 Disember di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak terima rawatan di sana pada 19 Disember.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu isterinya, Siti Marsyhtah Muhammad dan tiga orang anak.

Menurut Presiden Persatuan Badminton Perlis (PBPs), A’amar Hashim, Malaysia kehilangan jurulatih yang sangat komited dengan kerjayanya.

Bekas ketua jurulatih Perlis itu sepatutnya memulakan tugas 1 Januari 2020 sebagai jurulatih kumpulan pembangunan dan akan memantau perkembangan pemain tingkatan 1.

Jenazah akan dikebumikan 12 tengah malam ini di Tanah Perkuburan Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.