Belanjakan harta ke jalan Allah SWT

dreamstime_s_97780261
Belanjakan harta ke jalan Allah SWT © Svglass | Dreamstime.com

Islam sememangnya satu agama yang cukup indah. Bahkan dalam perihal harta juga nilai indah Islam ini turut digunapakai.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Hadid, ayat 7 yang membawa maksud:

“Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah), mereka tetap memperoleh pahala yang besar”.

Belanjakan harta ke jalan Allah SWT

Segala apa yang ada di langit dan di bumi inilah adalah kurniaan Allah SWT. Oleh itu sebagai manusia kita perlu selalu mensyukuri nikmat kurniaan-Nya.  Di dalam agama Islam juga mewajibkan kewajipan berzakat bagi yang cukup syarat sebagai jalan membersihkan harta yang diperolehi.

Selain itu hasil zakat ini pula digunakan untuk membantu mereka yang kurang memerlukan dan juga pembangunan ekonomi umat Islam.

Ada beberapa cara untuk membelanjakan harta ke jalan Allah SWT seperti yang telah disyariatkan. Antaranya ialah:

  • Kewajipan berzakat – Bagi yang mampu dan cukup syarat, zakat haruslah dibayar. Bukan sekadar zakat fitrah di bulan Ramadan sahaja, tetapi kewajipan berzakat ini meliouti pelbagai bidang. Untuk memudahkan pengiraan berzakat, anda boleh merujuk kepada pusat pungutan zakat negeri. Malah sekarang urusan pembayaran zakat boleh dibuat secara atas talian
  • Bersedekah – Sedekah merupakan amalan yang mulia. Tiada had dan kadar minima untuk bersedekah, cukup sekadar yang mampu. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hadid, ayat 18 yang membawa maksud:

“Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah SWT, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.”

  • Infaq – Menginfaqkan harta kepada kaum kerabat dan keluarga atau untuk jalan Allah SWT
  • Harta yang diinfaq perlulah diberikan secara baik dan tidak diungkit-ungkit di kemudian hari. Insya-Allah ada keberkatan dan melalui harta yang diinfaq anda akan turut mendpaat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT

Iman dan takwa diri kayu ukuran

Kehidupan di dunia ini penuh dengan ujian. Ada orang yang diuji dengan harta kekayaan. Ada yang berdepan dengan ujian kemiskinan dan kesusahan. Bagi yang berkemampuan perlulah dia membantu golongan yang memerlukan seadanya.

Kaya dan miskin bukanlah apa yang diukur dan ditimbang sebagai amalan kita di kemudian hari. Sebaliknya iman dan takwa dalam diri yang akan dijadikan kayu ukuran.

Harta yang kita ada dunia ini hanyalah pinjaman dari Allah SWT. Semoga sama-sama dapat kita membalanjakan harta yang kita ada ke jalan Allah dengan ikhlas.