Beli Sehingga 5 Telefon Pintar Menerusi MaxisONE Share Line

Suka Nor Syariza Tahir 13-Jun-2019

Bagi pelanggan MaxisONE Share Line pelan MaxisONE Plan, kini anda boleh membeli telefon pintar terbaharu di Zerolution, sebuah pelan keluarga yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Oleh kerana pelanggan MaxisONE Plan layak mempunyai empat talian tambahan setiap akaun, ini bermakna anda boleh membeli sehingga lima buah telefon pintar di bawah satu akaun untuk ahli keluarga anda!

Sehingga sekarang, tiada pelan lain di Malaysia yang menawarkan pelanggan talian tambahan (Share Line) pilihan untuk memiliki telefon untuk setiap talian kerana sebelum ini, hanya pelanggan talian utama dapat membeli peranti melalui sebuah pelan.

Maxis sering menerajui pasaran sepanjang masa ini dengan komitmen untuk membolehkan salinghubungan dan akses yang lebih baik untuk semua keluarga di Malaysia.

“Kami melihat kebergantungan terhadap telefon pintar yang semakin meningkat dalam kehidupan seharian setiap keluarga, dan kenaikan harga runcit serta batasan pelan-pelan keluarga untuk membeli lebih daripada satu peranti tidak memudahkan keadaan ini.

“Justeru, kami ingin setiap keluarga sentiasa berhubung antara satu sama lain, dan itulah sebabnya kami menyediakan setiap talian dengan akses kepada peranti terbaharu dengan Zerolution,” ujar Ketua Pemasaran Produk Maxis, Arjun Varma.

Maxis juga baru-baru ini menambahbaik Share Line dengan memberikan pelanggan lebih banyak data, iaitu sebanyak 20GB setiap talian.

Sementara itu, talian tambahan dengan pelan MaxisONE Home Fiber juga terus mendapat data tanpa had.

Setiap keluarga Maxis berpeluang menikmati faedah-faedah berikut menerusi MaxisONE Share yang dipertingkatkan:

 

1. Kos pelan dan peranti terendah

Ahli keluarga boleh membeli pelbagai peranti terkini tanpa perlu risau tentang harga. Tambahan lagi, tiada bayaran pendahuluan untuk semua ahli keluarga melalui Zerolution.

 

2. Pelbagai peranti terkini

Keluarga Maxis juga boleh memilih telefon yang mereka lebih suka – sama ada peranti kelas mercu, kelas pertengahan atau kelas permulaan daripada jenama seperti iPhone, Samsung, Huawei dan banyak lagi.

 

3. Jumlah data 10GB + 10GB

Talian tambahan kini memperolehi 20GB setiap talian, dengan 10GB dimasukkan ke dalam DataPool, yang boleh dikongsi antara semua talian lain dalam akaun tersebut, manakala 10GB yang seterusnya semata-mata untuk pelanggan talian tambahan sahaja. Talian tambahan pula yang mempunyai fiber akan menikmati data tanpa had.

 

4. Perayauan keluarga

Data tanpa had, panggilan dan SMS percuma ke mana-mana negara ASEAN untuk semua talian keluarga apabila seorang ahli keluarga mengaktifkan pas MaxisONE World untuk RM38 sehari.

 

5. Panggilan dan SMS tanpa had

Setiap keluarga mendapat panggilan dan SMS tanpa had pada semua rangkaian untuk talian tambahan juga. Tambahan pula, mereka boleh menikmati internet pantas pada bila-bila masa serta di mana-mana sahaja, dan terus berhubung antara satu sama lain dengan rangkaian 4G terpantas di negara, untuk hanya RM48 sebulan.

 

6. Tawaran Maxis

Talian tambahan juga mempunyai akses kepada tawaran hebat Buy1 Free1 dari TeaLive, Auntie Anne, McDonald’s dan banyak lagi di aplikasi MyMaxis.

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar, sila layari www.maxis.com.my/share.

Foto: Maxis & Afta Putta Gunawan (Pexels)