Belum ada keputusan institusikan Muafakat Nasional

Uncategorized Adea Ghafar 06-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Piagam Muafakat Nasional merupakan sebuah tatakelola kerja UMNO dan PAS. Ia dicetuskan pada 14 September 2019 dengan persetujuan kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi UMNO dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi PAS.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata cadangan menginstitusikan Muafakat Nasional harus dinilai baik buruknya, dan perlu dibincangkan secara konsensus di peringkat BN.

Penginstitusikan Muafakat Nasional akan bergantung kepada Laporan Kajian Peringkat Jawatankuasa Teknikal parti UMNO dan PAS.

Sekiranya Muafakat Nasional diinstitusikan, ia akan turut membabitkan rakan komponen Barisan Nasional (BN) dan ‘Friends of BN’.