Bendera Malaysia berkibar di Hotel Hollywood promosi VM 2020

Uncategorized Adea Ghafar 15-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 15 Dis — hotel legenda, Highland Gardens Hotel di Hollywood, Los Angeles akan mengibarkan bendera Malaysia di hadapan lobi hotel sepanjang kempen Melawat Malaysia 2020 (VM 2020).

Duta Pelancongan ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah, ahli silap mata terkenal, Kabir Khan Mohamad Reaz telah diberi penghormatan untuk menaikkan bendera Malaysia di majlis khas hotel itu. Beliau berkata, berkibarnya Jalur Gemilang di hotel ikonik itu merupakan antara kejayaan kempen dan akan meransang kempen VM 2020.

Pengarah Tourism Malaysia Los Angeles, Ednie Rahma Ab Rahim dan Pengurus Besar Hotel Highland Gardens, Jim Baklayan turut hadir di majlis tersebut.