Bengkel khas untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran penyelidik Alimat

Uncategorized Yen Doran 06-Dis-2019

Jawatankuasa ‘Alimat dan Pembangunan Keluarga (LAPK) Ulamak PAS Pusat telah menganjurkan Bengkel Metodologi Penyelidikan Ilmiah di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, pada 31 Novemeber.

Objecktif program itu adalah untuk memberi pendedahan mengenai proses penyelidikan di samping meningkatkan kemahiran ‘Alimat terhadap kaedah penyelidikan terkini.

Pengerusi LAPK Ulamak PAS Pusat, Ustazah Ana Mastura Ismail berharap para peserta dapat memanfaatkan hasil daripada bengkel ini dengan sebaiknya supaya kita dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan tersusun.

Dr Abdul Fattah Yusof yang kendalikan isi bengkel membentangkan dua kertas kerja iaitu’ Teori Metadologi Penyelidikan’ dan ‘Praktikal Penulisan Hands-on‘.