Bengkel Solekan Percuma Bersama Shiseido X Syed Faizal

Berita baik buat anda yang ingin belajar tentang teknik solekan daripada jurusolek terkenal Syed Faizal Syed Noh. Jenama kosmetik antarabangsa terkenal iaitu Shiseido akan menganjurkan bengkel solekan bersama dengan Syed Faizal.

Apa yang lebih menarik, bengkel yang bakal diadakan di pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur itu akan dianjurkan secara percuma pada 17 Julai 2019 bermula jam 3 petang.

Untuk menyertai bengkel ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di alamat email [email protected] sebelum 12 Julai untuk mendapatkan tempat.

Apa lagi yang anda tunggu, jika anda peminat solekan dari Syed faizal, inilah masanya untuk anda melihat sendiri di depan mata dan belajar teknik solekan daripada jurusolek kegemaran ramai ini.

Jangan lupa untuk ‘RSVP’ bagi mendapatkan tempat sebelum terlewat, dan jika ada rezeki kita jumpa anda di sana ya!

 

Sumber : Instagram Syed Faizal Syed Noh