Berapa orang kawan yang anda ada?

dreamstime_s_156986355
Perlukan kawan yang ramai? © Marcos Calvo Mesa | Dreamstime.com

(Terjemahan SalamWebToday bahasa Arab)

Satu persoalan membingungkan yang harus kita ulangi pada diri kita sendiri, kerana persoalan ini perlukan keseimbangan antara hubungan sosial di peringkat luaran, dan antara jiwa manusia dan konflik yang menghancurkan. Persoalan ini timbul memandangkan berlakunya kerumitan dalam liku-liku kehidupan manusia.

Didapati beberapa orang mempunyai ramai kawan dan yang lain tidak mempunyai persahabatan yang boleh diingati. Maka apakah sebabnya? Adakah mempunyai ramai kawan merupakan satu keistimewaan atau satu kekurangan? Apakah ciri-ciri kawan yang sejati berbanding kawan yang menyeleweng?

Pertama, kita harus sedar bahawa manusia bukanlah mempunyai tabiat atau perangai yang sama. Di sana terdapat nilai perbezaan yang membuatkan kita membawa ciri-ciri yang berbeza. Sudah pasti, ianya menjadi daya tarikan untuk menjalinkan persahabatan.

Di mana seseorang individu itu sendiri berada dalam keadaan baik ketika dia berkenalan dengan beberapa rakan yang menjalinkan hubungan dengannya, walaupun terdapat ciri-ciri kekurangan padanya, seperti keseronokan, kerjasama, pertuturan yang baik, berfikir cepat, ada perasaan terhadap orang lain, bijak dan lain-lain.

Oleh itu, seseorang mendapati dirinya belajar dari pengalamannya yang lepas dan dia mengambil sebahagian daripada pengalaman mereka dalam beberapa situasi kehidupan. Tetapi, pada masa yang sama, dia memerlukan orang yang mereka percayai di sekelilingnya untuk menyuarakan kepada mereka perasaan yang ada pada dirinya sendiri.

Sehingga masing-masing saling berkongsi perkara yang paling sukar dan terbaik. Secara semula jadi, manusia adalah makhluk yang bersosial yang tidak dapat dipisahkan dari masyarakat, juga tidak boleh hidup bersendirian seolah-olah seorang tahanan.

Di sana ada beberapa orang yang mempunyai ramai kawan, sehingga mereka sukar mencari masa untuk persahabatan ini dan bertahun-tahun masa berlalu tanpa berkomunikasi. Jika seseorang itu ditimpa sesuatu penyakit, dia hanya mendapati sebahagian daripada kumpulan itu yang berada di sekitarnya. Kadangkala, dia juga tidak menemui sesiapa pun bersamanya.

Oleh itu, persoalan timbul: Berapa ramai kawankah yang anda ada sebenarnya? Terdapat perbezaan antara kawan sejati dan kawan palsu yang hanya mengenali anda dengan nama dan dia berbaik-baik dengan anda untuk mendapatkan manfaat dari anda, jadi jika berakhir kemaslahatannya, anda sukar mendengarnya dan anda tidak melihat wajahnya.

Maka, ini bukanlah kawan dalam erti kata sebenar. Kerana ‘seseorang kawan itu, akan berada pada ketika kesempitan’, jadi kelibatnya tidak muncul hanya ketika waktu susah. Maka, anda harus melakukan penyaringan dan penyiasatan terperinci untuk menentukan jenis kawan yang sebenar berbanding yang menipu.

Kadangkala anda mempunyai hanya seorang kawan, tetapi dia seorang yang benar dan jujur. Ia  lebih baik daripada mempunyai 100 orang  penipu dan pembohong. Jadi jangan menyentuh kebaikan dalam bilangan kawan, tetapi pada perbuatan yang sebenar dan hati yang bersih dan ikhlas.

Ketahuilah bahawa kawan itu bukan orang yang bersama-sama kamu dalam perbuatanmu, tetapi yang mendorongmu ke arah kebaikan dan melarang kamu dari melakukan kejahatan. Memberi dan menunjukkan kamu nasihat dan bebas dari nafsu. Tiada tujuan di sebaliknya, melainkan untuk kebahagiaan dan kebaikan anda. Manakala orang yang mencari kamu dengan tujuan kehancuran dan menawarkan kepada kamu jalan yang jahat, dia tidak menyukai kamu, malah sama seperti dia membenci kamu.

Seorang bijaksana ditanya tentang persahabatan sejati dan ciri-cirinya. Dia mengatakan bahawa itu sukar kerana seluruh hidupmu mungkin berlalu tanpa persahabatan sejati. Seorang lelaki lain bertanyakan kepada lelaki bijaksana tadi maka beliau mengatakan bahawa persahabatan itu satu perkara yang sukar dicapai kecuali diinginkan.

Orang yang bertanya tadi, meminta lelaki bijaksana itu menyebutkan kepadanya jenis-jenis kawan yang sebenar dalam kehidupan supaya dia dapat mempelajarinya. Beliau pun berkata, bahawa seseorang hanya mempunyai seorang kawan atau separuh daripada kawan. Maka hairanlah orang yang bertanya akan jawapan yang diberikan. Kerana dia tahu bahawa dia mempunyai ramai kawan, dia menanyakan lelaki bijaksana, “Bagaimana boleh berlaku sedemikian?”

Lelaki bijaksana menjawab: “Aku tahu, sebenarnya kamu bukan kawan aku. Aku boleh buktikannya”. Orang yang bertanya tadi meminta beliau membawa ramai orang dan beliau berkata kepada mereka bahawa si polan itu dituduh melakukan satu jenayah, pada hari ini kami hendak membunuhnya. Maka lelaki tersebut berbuat sedemikian.

Kemudian, datanglah semua orang kepada lelaki yang bijaksana itu, maka dia pun lalu antara barisan. Maka keluarlah seorang lelaki dan dia berkata kepada mereka, aku membayarkan fidyah dengan hartaku, seterusnya keluar seorang lelaki lain dan berkata: aku sendiri  membayarkan fidyah untuknya. Maka yang lain pun terdiam dan beredar.

Berkatalah lelaki bijaksana kepada lelaki itu: Inilah kawan separuh. Adakah kamu faham sekarang? Sesiapa yang memberikan semua hartanya, sebenarnya dia telah memberikan kepadaku sebahagian apa yang dimilikinya. Iaitu separuh daripada kawan. Sesiapa yang menyerahkan semua harta yang dimilikinya, dialah seorang kawan yang saling melengkapi.