Beraya dengan Koleksi Jam Terbaru

Dengan ketibaan bulan Syawal yang bakal muncul tidak lama lagi, umat Islam seluruh dunia semuanya sudah mula sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Semestinya di Malaysia, semua orang ingin tampil dengan pakaian serba baru supaya kelihatan cantik ketika mengunjungi sanak saudara dan rakan-rakan.

Namun selain daripada baju dan kasut, aksesori lain juga penting untuk dipadankan dengan busana Aidilfitri. Ini termasuklah jam tangan. Dan untuk tahun ini jenama Red Army Watches mempersembahkan jam Laco serta Gorilla khas buat anda yang ingin tampil dengan koleksi jam baru di Hari Raya!

Berlatarbelakangkan sejarah para pelaut dan dunia penerbangan, jenama dari Jerman Laco memperkenalkan koleksi Scorpion mereka yang menarik.

Biarpun kecil jam ini tahan karat dan air berkat luarannya yang pejal. lebih-lebih lagi senirekanya yang sofistikated juga menambah kesitimewaan koleksi jam tangan ini.



Terdapat juga koleksi lain oleh sebuah jenama Switzerland terbaru iaitu Gorilla yang diinspirasikan daripada kereta-kereta hebat Amerika.

Dengan mengambil ilham senireka era 60-an serta 70-an, koleksi jam ini turut menampilkan senireka yang hebat dan menjanjikan gaya serta keselesaan buat pengguna.

Kesemua jam tangan ini boleh didapati di cawangan Red Army Watches di 1 Utama Shopping
Centre, Pavilion Kuala Lumpur serta Gurney Plaza Penang. Selain Red Army Watches, Laco
Amazonas dan Cuxhaven boleh diperolehi di mo.men.tum, Sunway Velocity.

Untuk keterangan lanjut layari www.redarmywatches.com.