Berhala Quraisy di Kaabah dan Rasulullah SAW utusan kebenaran

Dunia Arab Zalika Adam 06-Okt-2020
dreamstime_s_190925057
Berhala Quraisy di Kaabah dan Rasulullah SAW utusan kebenaran © Viktor Bondariev | Dreamstime.com

(Terjemahan SalamWebToday bahasa Arab)

Kaum Quraisy, seperti suku-suku Arab yang lain, mengambil batu sebagai berhala yang mereka sembah selain daripada Allah SWT. Mereka meletakkan pelbagai nama pada berhala agar mudah dikenali.

Kaum Quraisy terus memuliakan, menyediakan kepada kaum kerabat dan berlutut kepada berhala-berhala tersebut. Mereka bersumpah, memuliakan dan juga membuat (membina) berhala.

Sehinggakan Allah SWT menganugerahkan kepada mereka, seluruh Arab dan seluruh dunia dengan mengutuskan Nabi Muhammad SAW. Rasulullah mengeluarkan mereka dari kesesatan kepada cahaya, dan menyeru mereka menyembah Allah yang Esa dan tidak menyengutui-Nya.

Dewa dan berhala kaum Quraisy

Antara dewa-dewa yang diambil dan ditekankan oleh kaum Quraisy dalam tempoh masa yang lama ialah ‘Hubal’. Ia adalah berhala yang paling besar yang disembah oleh mereka sebelum Islam. Lokasinya adalah strategik kerana diletakkan di sebuah telaga di tengah-tengah Kaabah. Ibnu Ishaq mengatakan: “Kaum Quraisy telah mengambil berhala di sebuah perigi di tengah-tengah Kaabah yang dipanggil  Hubal.”

Di antara berhala yang diambil oleh orang Quraisy ialah ‘Isaf dan Naela’, dan mereka menjadikan Zamzam tempat untuk sembelihan. Ibnu Ishaq berkata: “Mereka mengambil Isaf dan Naela ke tempat Zamzam, mereka menyembelih mereka, kedua-duanya adalah seorang lelaki dan wanita yang diseret, dan dia adalah Naela binti Dik.”

Umrah binti Abd al-Rahman bin Saad bin Zararah berkata: “Saya mendengar Aisyah r.a, mengatakan: “Kita masih mendengar bahawa Isaf dan Naela adalah seorang lelaki dan seorang wanita yang diseret ke Kaabah, sehingga Allah SWT memarahi dengan dua batu itu.” Abu Talib mengatakan kejadian itu dalam sebuah puisi yang maksudnya: “Ketika golongan Ash’ar memuliakan tunggangan…datangnya banjir menghancurkan Isaf dan Naela.”

Kaum Quraisy tidak berpuas hati dengan hanya berhala di sisi Kaabah sahaja, bahkan ingin meluaskannya. Mereka meletakkannya di jalan, pasar sehingga juga di kawasan rumah.

Ibnu Ishaq mengatakan tentang perkara itu: “Ketika adanya kaum Quraisy lelaki hendak bermusafir, semua ahli keluarga mengambil berhala dan menghilangkannya ketika menunggang. Itulah perkara terakhir yang dilakukan ketika menuju ke tempat musafir. Apabila seseorang hendak bermusafir, dia akan memadamkannya, itulah yang dilakukan sebelum masuk bertemu keluarganya.”

Perbuatan memadam berhala ketika pergi dan balik yang tidak memberikan mudarat dan faedah. Bagaimana seseorang hendak memuliakan dan mendahulukan apa yang sama dengannya. Bahkan apabila batu tersebut jatuh ke tempatnya, ia akan pecah.

Allah SWT mengutus Rasul-Nya dengan agama kebenaran

Oleh itu,  kebijaksanaan Allah SWT mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama kebenaran adalah untuk mengeluarkan mereka dari mitos-mitos ini, tetapi mereka sombong, Ibnu Ishaq berkata: “Ketika Allah SWT mengutus Rasul-Nya Muhammad SAW dengan tauhid, Quraisy berkata: “Aku menjadikan tuhan-tuhan itu satu Tuhan, ini adalah suatu keajaiban”.

Jadi masalahnya adalah dalam keesaan Pencipta, kerana mereka terbiasa dengan banyak tuhan, bukan satu Tuhan. Dengan ini mereka tidak memikirkan apa yang mereka sembah. Melainkan mereka memikirkan tentang hilangnya kekuasaan agama mereka dan kedudukan yang mereka miliki serta menganggap negara mereka sebagai tempat mengerjakan haji dan beribadat – dan mereka tidak mahu hilang kedudukan itu.

Selain itu, orang-orang Arab mengambil Kaabah (sebelum ini diletakkan berhala) sebagai rumah-rumah yang dibesarkan dengan kebesaran Kaabah. Diberikan petunjuk seperti petunjuk kepada Kaabah, bertawaf di kelilingnya, berkorban di sisinya dan mereka mengetahui kelebihannya kerana rumah Nabi Ibrahim a.s dan masjidnya sudah dikenali.

Penaklukan Makkah adalah satu keizinan dari Allah SWT bagi umat Islam untuk menyingkirkan semua berhala ini, sehingga penyembahan dimurnikan, diikhlaskan hanya untuk Allah yang Esa.

Rujukan: Sirah Nabawiah Ibnu Hisham