BIMB Holdings catat keuntungan RM208.4 juta pada suku ketiga

Uncategorized MAS 04-Dis-2019

Keuntungan bersih BIMB Holdings Bhd (BHB) naik kepada RM204.8 juta berbanding RM198.6 juta yang dicatat untuk tempoh sama tahun lepas. Pendapatan juga meningkat daripada RM1.09 bilion kepada RM1.19 bilion.

BIMB Holdings menegaskan kedua-dua anak syarikat perbankan dan takaful merekodkan prestasi kukuh. Bank Islam Malaysia menyumbang keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) berjumlah RM208.8 juta. Syarikat Takaful Malaysia pula menyumbang PBZT berjumlah RM121.8 juta.

Bagi tempoh sembilan bulan 2019, pendapatan mencecah RM3.53 bilion manakala keuntungan bersih meningkat daripada RM520.7 juta kepada RM606.1 juta.

Meskipun dalam keadaan ekonomi yang mencabar, keuntungan BIMB dijangka akan terus meningkat hasil pengawalan kos dan proses pendigitalan.