Bintang K-Pop Sulli Ditemui Mati

Satu lagi berita sedih buat seluruh peminat bintang K-Pop. Penyanyi dan juga pelakon Choi Jin-ri atau yang lebih dikenali dengan nama Sulli, ditemui mati di kediamannya di kawasan Seongnam, Provinsi Gyeonggi, Seoul Selatan, pada Isnin.

Menurut laporan Yonhap News Agency, mayat Sulli yang berusia 25 tahun itu ditemukan oleh pengurusnya dari agensinya, SM Entertainment sekitar jam 15:21 waktu tempatan setelah dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir pengurusnya dapat menghubungi Sulli pada 13 Oktober kira-kira jam 6.00 petang.

Polis Korea Selatan dalam satu kenyataan memberitahu, Sulli yang sudah lama menjadi mangsa buli siber sebenarnya sedang bergelut dengan masalah kemurungan teruk. Punca kematiannya sehingga kini masih lagi dalam siasatan.

Sulli, merupakan bekas anggkota kumpulan K-Pop f(x) yang popular sejak 2009. Bagaimanapun pada tahun 2014, Sulli mengundur diri dari kumpulan ini setelah dia tidak henti-henti dibuli secara siber. Semenjak itu, Sulli mula aktif dengan dunia lakonan dan antara dramanya yang popular ialah ‘The Beautiful You’ dan ‘Hotel Del Luna.’

Baru-baru ini, Sulli menerusi rancangan realitinya sendiri mengakui dia melalui saat-saat sukar ketika masa lalu. Dalam program tersebut, Sulli menjelaskan alasan dirinya keluar dari kumpulan f(x), serta menceritakan pengalamannya yang menderitai sindrom populariti ekstrem dan gangguan panik.

 

Foto : Instagram Sulli (jelly_jilli)