Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Biografi: Fatima Al-fihri, Ibu mahasiswa

University of al-Karaouine in Fes, Morocco
ID 33929034 © Karol Kozlowski | Dreamstime.com

Islam sering digambarkan oleh media Barat sebagai mundur dan seksis. Kebanyakan media Barat hanya membuat laporan mengenai Islam yang berkait dengan keganasan dan terorisme. Mereka cuba membuat kita percaya bahawa dunia Barat adalah lambang tamadun manusia yang paling tinggi dan sumber kepada hak asasi manusia, dan mempertahankan kebebasan. Ini adalah nada kuasa penjajah dan imperialis yang masih digunakan hari ini.

Gambaran masyarakat Islam yang dilukiskan begitu negatif, dan tidak hairanlah jika kita dianggap masyarakat yang buas dan tidak bertamadun.

Pada hakikatnya, gambaran ini sama sekali tidak benar. Sejarah menunjukkan Islam merupakan sumber yang menerangi dan memajukan manusia. Sebagai contoh, di zaman Khalifah Abbasiyah (750CE hingga 1258CE dan 1261CE hingga 1517CE) masyarakat Islam begitu makmur. Kesusasteraan, pelbagai cabang sains, ilmu falsafah dan teologi Islam berkembang pesat. Sebahagian besar kebangkitan Eropah mendapat inspirasi dari ahli sains Islam ketika itu.

Malangnya fakta ini bukan sahaja tidak tertera di fikiran masyarakat bukan Islam, malah telah tersebar di kalangan orang Islam sendiri. Ini menimbulkan minda yang sering mengkritik diri sendiri yang sukar untuk dirasionalkan oleh masyarakat Islam amnya. Sebagai contoh, jika ditanya nama universiti tertua di dunia, mereka pasti akan membayangkan istana lama Eropah, yang mungkin terletak di England, Italy atau Jerman. Ini terlalu jauh dari kebenaran.

Fatima Al-Fihri merupakan gadis muda ketika beliau menubuhkan university Al-Qarawiyyin di Fes Morocco pada tahun 859CE. Universiti ini masih lagi berfungsi dan diiktiraf oleh institusi-institusi dunia, termasuk Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai universiti yang tertua di dunia yang masih lagi beroperasi hari ini. Ia juga merupakan institusi pertama di dunia yang menganugerahkan ijazah. Ia memainkan peranan bukan sahaja dalam menubuhkan universiti sebagai pusat pengajian, bahkan ia membentuk sistem universiti yang masih digunakan hingga ke hari ini.

Kisah Al-Fihri pasti menyemarakkan  semua, Beliau dilahirkan di Tunisia dalam kurun ke 9 dalam keluarga kelas atasan dan mendapat pendidikan yang baik. Keluarganya berhijrah ke Fes ketika beliau kecil lagi untuk mencari peluang yang lebih baik. Mereka sungguh bertuah kerana menjadi pedagang yang berjaya. Ini membuka ruang untuk Fatima dan adiknya, Mariam untuk menerokai dunia Fes yang cukup gemilang. Ketika itu, Fes merupakan antara pusat ilmu dan budaya dunia Islam. Kedua-dua adik beradik itu mendapat pendedahan kepada  kesenian dan sains, dan pembelajaran tradisi agama yang mendalam.

Kematian ayah, suami dan abang Fatima dalam masa yang singkat membuat beliau merasa kehilangan. Ini mendorongnya mencari makna kehidupan. Beliau dan adiknya pantas mendapat ilham. Dengan menggunakan harta peninggalan, mereka membuat keputusan untuk berbakti kepada masyarakat di mana mereka membesar. Penolakan dunia terbit dari itikad mereka yang kuat.

Mereka dapati Fes tidak mampu menanggung kedatangan pelarian yang ramai dari Spanyol. Lantas mereka menggunakan harta mereka membina ruang yand dapat menampung pelarian dan juga penduduk asli Fes. Mariam membina Masjid Andalusia, masjid yang begitu indah yang masih wujud hari ini. Seperti penduduk Fes seratus tahun dahulu, anda pasti akan terpesona dengan keindahan masjid ini.

Fatima pula membuat keputusan menyambung pelajarannya, sesuatu yang beliau cintai. Beliau terlibat dari mula lagi menguruskan pembangunan pusat masyarakat di mana setiap lapisan manusia dapat berkuliah. Tidak lama kemudian, madrasah ini berkembang menjadi universiti yang dinamakan Al-Qarawiyyin sempena tempat kelahiran Fatima.

Universiti beliau berkembang di zaman pertengahan Eropah yang sedang dalam kegelapan. Universiti ini menawarkan kuliah dalam perlbagai bidang, dari teologi, berpidato, musik dan kesusasteraan. Ia merupakan universiti yang merangkum – pelajar bukan Islam datang berduyun-duyun menghadiri kuliah di Fes untuk mendapatkan ijazah dan pendidikan yang terbaik. Antara alumni yang terkemuka termasuk Ibn Khaldun, alhi falsafah Yahudi Moses Maimonides, ahli diplomat dan pengembara Leo Africanus,dan Pope Sylvester II. Mereka mengembangkan pengaruh universiti ini.

Kepentingan universiti ini masih lagi ketara, sama seperti di zaman kegemilangan Islam. Perpustakaannya masih menyimpan banyak manuskrip Islam yang penting. Ia menjadi jembatan ilmu untuk pelbagai lapisan masyarakat. Sehingg kini ia masih beroperasi dan merupakan sebahagian daripada sistem Univerisiti Morocco.

Jika anda menghadiri kuliah, atau membuat kajian di universiti, ingatlah ini semua tidak mungkin terjadi tanpa perintis wanita Arab ini. Fatima Al-Fahri dengan cintanya kepada ilmu bukan sahaja merupakan contoh wanita berpengaruh, malah beliau adalah anti-thesis gambaran dunia Barat terhadap wanita Islam. Beliau bukan sahaja model mithali, bahkan duta Islam. Kejayaan beliau perlu diraikan demi memastikan lembaran sejarah tidak melupakan sumbangan besar beliau kepada dunia.

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Related articles
Menara Kuala Lumpur Budaya Adea Ghafar 30-Jan-2020 Pelancongan Malaysia terjejas adalah tidak benar Budaya Adea Ghafar 28-Jan-2020 Seni Silat alam Melayu – suatu ikhtisar ilmu
Pendapat
Pendapat 27-Jan-2020
Adea Ghafar
Adea Agi
Kolumnis

Kemajmukan bangsa dan rampaian budaya telah memainkan peranan penting dalam kejayaan sesebuah negara. Ia digambarkan sebagai suatu persekitaran kawasan dengan masyarakat etnik campuran di mana wujud banyak amalan-amalan dan tradisi budaya. Ketiadaan unsur ini pula telah menghalang sesebuah negara mencapai tahap kemakmuran yang serupa. Integrasi masyarakat menjadi agenda penting dalam menyampaikan mesej perpaduan dan kedamaian kepada seluruh manusia. Bagi umat Islam, mesej ini telah diamalkan semenjak masa Nabi Muhammad (Selamat Sejahtera Kepada Baginda).

Teruskan Teruskan
Tan Sri Dr. Syed Muhammad al Naquib bin Ali al-Attas Dunia Adea Ghafar 22-Jan-2020 Dr. Syed Naquib al-Attas: Ilmuwan unggul Islam sezaman