Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Biografi Mahathir sebelum dia menjadi perdana menteri

Perdana Menteri Malaysia
Perdana Menteri Malaysia © Abdul Razak Abdul Latif | Dreamstime.com
Mahathir Mohamad

Tun Doktor Mahathir sudah pun berkhidmat sebagai perdana menteri Malaysia sealam 22 tahum bermulai 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2002. Dia ditabalkan sebagai perdana menteri ke-7 semula pada Mei 2018 setelah manangi pilihan raya umum. Beliau masih berkhidmat sebagai perdana menteri walaupun sudah berusia 94 tahun. Semasa perkhidmatan awal sebagai perdana menteri, dia berjaya mengangkat Malaysia sebagai negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai satu daripada negara negara ‘ Harimau Ekonomi Asia’.

Tun Doktor Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Kedah. Dia adalah anak bongsu daripada sembilan adik-beradik. Tarikh lahir Tun Mahathir ditunjuk 20 Disember 1925 dalam surat lahirnya tetapi dia sebenarnya dilahir pada 10 Julai 1925. Bapanya berubah tarikh lahirnya pada surat itu untuk memudahkan daftaran pada sekolah. Beliau tidak dilahirkan kepada keluarga bangsawan, agama atau politik yang terkenal tetapi bapanya, Mohamed bin Iskander, merupakan pengetua Melayu pertama di sekolah inggeris yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid.

Pendidikan awal tun Mahathir di Sekolah Melayu Seberang Perak. Selepas menghabisi di sekolah itu dia memasuki ke sekolah inggeris yang bapanya bekerja di. Tun Mahathir termasyhur di sekolahnya kerana kemahiran bahasa Inggerisnya yang sangat hebat. Dia juga menunjukkan minat dalam sukan dan bermain ragbi untuk pasukan sekolahnya. Pelajaran beliau diganggu akibat serangan Jepun ke atas Asia tenggara pada Perang Dunia. Sekolah-sekolah tanah Melayu dipaksa ditutup membuatkan beliau terpaksa berhenti sekolah. Beliau mencampakkan dirinya dalam bidang perniagaan dengan menjual kopi dan pisang goreng, serta snek-snek lain di Pekan Rabu untuk membantu keluarganya.

Setelah ketamatan perang, beliau menyambung pengajian sekolah. Selepas, menduduki peperiksaan Senior Cambridge, belia teruskan pengajiannya dalam perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII yang kini dikenali sebagai Universiti Kebangsaan Singapura. Ketika sedang di Kolej dia aktif menulis untuk akhbar The Sunday Times menggunakan nama penanya C.H.E. Det. Penulisannya mengisahkan masalah masalah orang Melayu.

Selepas selesai dengan pelajarannya di Singapura, dia memulakan khidmatan sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar di Kedah. Mahathir berkahwin dengan isterinya, Tun Siti Hasmah, pada Ogos 1956. Pada Tahun yang sama Tun Mahathir berhenti bekerja untuk kerajaan untuk menubuhkan klinik sendiri yang dia namakan Klinik Maha. Klinik Maha merupakan klinik pertama di negara yang dimiliki orang melayu pada ketika itu.

Pada tahun 1964, dia mulai beramah-tamah dengan politik di Malaysia. Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1964 dan memenangi kerusi Kota Setar. Dia dipilih untuk Majlis Tertinggi UMNO setahun kemudian. Pada Mei, 1969, rusuhan kaum membuatkan Tun meulis surat kepata Tunku Abdul Rahman, perdana menteri ada masa itu. Surat tersebut mengkritik pentadbiran polisi Tunku kerana kegagalan untuk menegakkan kepentingan Melayu. Surat tersebut membuatkan Tun Mahathir dipecat keahliannya dengan UMNO. Pada masa ini dia menulis buku Dilema Melayu yang memirkan tentang nasib orang Melayu. Buku itu diterbit di Singapura tetapi dilarang di Malaysia.

Setelah Tunku Abdul Rahman mengundurkan diri sebagai perdana menteri, Tun Mahathir memohon untuk menyertai parti UMNO semula. Dia diterima dan dilantik sebagai Senator Selangor pada tahun 1973. Pada Pilihan Raya Umum 1974, beliau menang tanpa tanding kerusi Kubang Pasu dan dilantik untuk menjadi Menteri Pendidikan Malaysia. Mulai hari itu, dia tidak lagi bekerja sebagai pegawai perubatan.

Setelah dua tahun sebagai Menteri Pendidikan, beliau dijadikan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Perdagangan dan Industri pada tahun 1978. Pada tahun 1981, Perdana Menteri ke-3, Hussein Onn mengundurkan diri atas faktor kesihatan menjadikan Tun Mahathi sebagain Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.

Kami semua kenali apa yang terlaku selepas itu. Tun Mahathir berjaya membawa perkembangan ekonomi yang hebat pada Malaysia. Dia dikenali sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling terhormat dan ditakuti. Walaupun dia berhadapan dengan berbagai cabaran, dia masih berusaha dan tetap berjaya. Sebagai Perdana Menteri yang ke-7 dia terhadap dengan cabaran yang lebih besar dan novel. Mungkin kali ini dia akan disampaikan kegagahan atau dia akan terus berusaha dan berjaya atas cabaran-cabarannya.

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Related articles
arabian astronomy book Dunia Muhammad Nassar 17-Mac-2020 Sejarah Politik Islam Agama Taufiq Sugeng 16-Mac-2020 Feminisme Barat dan “masalah” Hijab
Pendapat
Pendapat 14-Mac-2020
Nor Fadhil
Kolumnis

Islamophobia merupakan salah satu bentuk perkauman dan orang Islam adalah kumpulan sebuah kaum sama seperti kumpulan keugamaan dan kumpulan politik. Umat Islam sering dianggap kelompok monolitik. Mereka dianggap tidak peka pada pertimbangan yang rasional dan logik, dan bersifat ganas. Kehidupan mereka dikatakan tidak sesuai dengan cara kehidupan Barat. Atas sebab inilah orang kulit putih yang memeluk Islam dan dibesarkan di Britain disuruh pulang ke negara asal mereka, kerana menurut pandangan orang luar, Islam dan berkulit putih adalah konsep yang bercanggah.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 09-Mac-2020
Grigory-Matyunin
Grigory Matyunin
Kolumnis

Tidak seperti pemerintah kuku besi dan parti politik pinggiran, buku-buku ini jarang membuat cerita dongeng, walaupun ini pernah terjadi. Namum, kesannya tetap menimbulkan bahaya. Mereka menggunakan kepalsuan dan taktik menidakkan apa yang berlaku dalam sejarah dengan memilih dan membesarkan fakta yang palsu, tanpa mempedulikan  pandangan yang bertentangan. Mereka langsung tidak memeriksa fakta.

Teruskan Teruskan