#Bismillah..Barokah Ramadhan Tema Bufet Ramadan di Dorsett Putrajaya

Bermula 8 Mei hingga 2 Jun 2019, Dorsett Putrajaya menawarkan bufet Ramadan yang menjanjikan lebih 300 jenis hidangan membuka selera.

Bertempat di Citra Rasa Restaurant, bufet Ramadan ini berharga RM138 bersih untuk dewasa dan RM78 untuk golongan warga emas dan kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

Bintang utama untuk bufet Ramadan ini ialah Durian, Pulut dan Pengat Durian dan juga Udang Galah Percik Mek Ayu yang menjadi rebutan tetamu.

Lain-lain hidangan yang turut menjadi perhatian ialah Pek Nga Kelapa dengan Kari Ikan, Laksam Kelantan, Nasi Kerabu, Nasi Lemak Delima Dengan Sambal Hijau, Lempeng Pisang, Bubur Lambuk Istimewa dan Sup Gear Box.

Jika sudah tidak sabar untuk menjamah hidangan Raya, boleh ke kaunter yang menyediakan Lemang, Nasi Impit, Rendang Daging, Rendang Ayam dan juga Sate.

Beralih ke kaunter pemanis mulut, anda juga boleh memuaskan selera dengan hidangan Air Baru Campur (ABC), Apam Balik, kuih-muih tradisional, pelbagai jenis kek dan juga beberapa jenis biskut Raya.

Jika anda punya urusan kerja di Putrajaya pada Ramadan ini, bolehlah menjadikan Dorsett Putrajaya sebagai lokasi penginapan.

Hotel ini menawarkan Pakej Ramadan yang harganya bermula daripada RM320 semalam. Dengan pakej ini anda layak mendapat kupon bufet Ramadan dan sahur untuk dua orang.

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan, sila hubungi talian 03- 8892 8388 atau emelkan kepada [email protected]@dorsetthotels.com

Kredit foto : Dorsett Putrajaya & Rahayu Mat Nah