‘Bismillah, doakan kami’ – Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana ke Syria

Uncategorized Ahmad Mahmud 30-Dis-2019
Kanak-kanak Syria
© Richard Harvey | Dreamstime.com

Pelakon suami isteri, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana akan ke Syria untuk menjalankan misi kemanusiaan melalui Yayasan Dana Kebajikan. Yayasan tersebut telah memilih Nadzmi sebagai ikon kemanusian tahun lepas dan Nadzmi telah menjalani misi pertamanya di Palu, Indonesia. Misi seterusnya ialah ke Syria bermula 27 Disember sehingga 18 Januari 2020.

Berkata ketika ditemui di tayangan perdana filem Busut Bonang di [email protected], Petaling Jaya, beliau dan isteri berniat menyertai misi kemanusiaan ini untuk meringankan beban mereka yang terlibat.

Sebelum memulakan misi, mereka akan ke Turki untuk bercuti dan Nadzmi telah berkongsi foto keberangkatan mereka ke Turki dan Syria di akaun Instagramnya.