BMW i3s Kenderaan Elektrik Tulen Sulung Di Malaysia

BMW Malaysia telah mengambil peluang memperkenalkan BMW i3s, Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) yang juga dikenali sebagai kenderaan elektrik tulen di Pameran Auto Malaysia 2019 baru-baru ini.

BMW i3s yang pertama merupakan penambahan kepada portfolio kenderaan Mobiliti Bervisi bagi pengeluar kenderaan premium ini, dan ia memperkukuhkan kedudukan BMW Group Malaysia sebagai pembekal e-mobiliti yang terkemuka di dalam negara.

“BMW i3s yang pertama ini membuktikan komitmen kami untuk membentuk Mobiliti Masa Hadapan di Malaysia. Secara berterusan, kami telah memacu inisiatif untuk inovasi, keupayaan pemasangan di peringkat tempatan, serta kesedaran terhadap teknologi baharu dan bersih bagi industri automotif, tambahan pula membangunkan infrastruktur untuk kenderaan premium di Malaysia. Dengan BMW i3s terbaharu ini, kenderaan elektrik tulen yang sulung di Malaysia dalam segmen premium, kami berharap untuk terus memacu Mobiliti Bervisi ke hadapan,” ujar Ketua Unit Jualan BMW Malaysia, En. Raymond Tan.

Sejajar dengan matlamat BMW Malaysia untuk membawa kelestarian masa hadapan ke aras yang baharu, pengenalan BMW i3s yang sulung ini menyumbang kepada Polisi Automotif Nasional 2014 yang mensasarkan Malaysia sebagai hab serantau bagi kenderaan efisien tenaga (EEV) menjelang tahun 2022.

Dengan tahap penembusan EEV yang disasarkan, iaitu sebanyak 80% daripada jumlah volum keseluruhan industri menjelang tahun 2022, BMW Malaysia komited untuk memberikan sokongannya terhadap agenda nasional dengan jentera BMW i3s yang pertama ini – kenderaan elektrik tulen yang pertama di Malaysia dalam segmen premium.

BMW i3s yang pertama kini membawakan nuansa penggayaan yang lebih kemas, teknologi bersepadu yang canggih dan reka bentuk ‘hijau’ yang mempertimbangkan kelestarian pada setiap masa. Ia bukan sahaja sebuah kenderaan elektrik yang berkuasa tinggi, ia juga dilengkapi dengan sumber-sumber yang telah dikitar semula sebanyak 80%, termasuk sumber yang boleh digunakan semula.

Penggayaan eksterior serba avant-garde yang mengagumkan pada jentera BMW i3s ini telah menggarap pelbagai anugerah bagi reka bentuknya, termasuk anugerah emas iF bagi reka bentuk produk, anugerah Reka Bentuk Kereta Terbaik di Dunia (World Car Design of the Year) dan Kereta Hijau Terbaik di Dunia (World Green Car of the Year).

Dengan ‘Balloon Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW i3s yang pertama boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM 3,188.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

 Pemilik BMW i3s yang pertama juga boleh menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi:

 1) Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma

2) Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’

3) Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW

4) Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card

5) Servis Dalam Talian oleh BMW

 

Kredit foto : Shahir Hazim