Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Bodhi Serene Boutique Hotel, Damai di Tengah Kota Chiang Mai

Singgah Contributor 02-Okt-2019

Kiranya kawasan pergunungan yang kaya dengan keindahan flora dan fauna yang dicari oleh anda maka Chiang Mai merupakan salah satu destinasi pelancongan yang boleh anda lawati. Merupakan sebuah daerah berbukit di utara Thailand, kota Chiang Mai mula di wujud sejak tahun 1296 dan kini sangat terkenal dengan kewujudan kuil-kuil lama yang menjadi salah satu dari tarikan pelancong.

Pelbagai penginapan disediakan di kota Chiang Mai, namun sekiranya anda ingin berada di tengah kota dan berhampiran dengan tempat pelancongan namun masih mengekalkan suasana damai dikelilingi oleh kehijauan pepohonan, Bodhi Serene adalah pilihan yang tepat.

Terletak hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai, hotel ini dibina mengikut acuan senibina Lanna dan China. Konsep kehijauan di hotel ini adalah bersempena pokok Bodhi yang berada di tengah- tengah kawasan hotel ini di mana seluruh kawasan hotel dikelilingi pohon-pohon menghijau bagi mewujudkan suasana damai dan tenang kepada penginap hotel.

Terdapat 38 bilik di hotel ini yang terdiri daripada Deluxe Rooms, Executive Room, One Bedroom Suite dan Two Bedroom Suite. Pelbagai fasiliti juga disediakan bagi penginap hotel untuk menikmati percutian yang selesa antaranya kolam renang, mini perpustakaan serta pusat jagaan kanak-kanak. The Bodhi Restaurant pula menyediakan pelbagai juadah makanan dari seleksi barat dan juga Asia.

Jika anda inginkan penginapan yang berada strategik di tengah kota pastikan Bodhi Serene menjadi pilihan anda. Untuk maklumat lanjut layari laman web https://bodhiserene.com/.

 

Ditulis oleh: Wan Azfarozza Wan Athmar

Foto: Ihsan Bodhi Serene Boutique Hotel