Pendapat 05-Jun-2020

Bola sepak: pemain naturalisasi dan warisan – haluan baru?

Chan Abdullah
Kolumnis
Maju jaya bola sepak Malaysia! © Abdul Razak Abdul Latif | Dreamstime.com

Jika anda kurang ambil tahu tentang perkembangan dunia bola sepak tempatan, mungkin anda akan terkejut dan sedikit terperanjat dengan senboarai pemain bola sepak negara kita.

Kelihatan mungkin sedikit janggal apabila nama-nama seperti Mohamadou Sumareh, Mathew Daview dan La’Vere Corbin-Ong menghiasi kesebelasan utama pasukan bola sepak Malaysia.

Sebenarnya semua itu adalah pemain Malaysia. Ada di antaranya merupakan pemain naturalisasi, dan sebahagiannya menjadi warga negara Malaysia kerana mempunyai ayah atau ibu yang merupakan rakyat Malaysia.

Mengambil pemain naturalisasi sebagai pemain sesuatu pasukan negara bukanlah sesuatu perkara yang baru. Dalam sukan lain misalnya seperti ping pong dan badminton, ramai pemain kelahiran China menjadi wakil negara lain. Malah dalam sukan bola sepak sendiri juga perkara ini sudah menjadi kebiasaan.

Pasukan Perancis yang pernah menjuarai kejohanan Piala Dunia sebanyak dua kali juga adalah antara negara yang selesa menggunakan khidmat pemain naturalisasi. Malah, pasukan Jerman juga turut tidak ketinggalan. Penggunaan pemain naturalisasi dan pemain warisan dilihat dapat meningkatkan mutu permainan sesebuah pasukan dan memperkuatkan lagi pasukan tersebut.

Bagi pasukan Malaysia juga khususnya, penggunaan pemain naturalisasi seperti Mohamadou Sumareh dan pemain warisan dilihat mampu membantu meningkatkan mutu permainan bola sepak negara. Malah sejak langkah ini diambil, pasukan Malaysia dilihat kembali berdaya saing dengan pasukan-pasukan besar Asia dan mencatatkan keputusan cemerlang dalam beberapa kejohanan dan perlawanan peringkat antarabangsa.

Walaupun begitu, masih terdapat beberapa kontroversi dan bantahan daripada peminat, pemain tempatan dan pengurusan badan induk bola sepak Malaysia sendiri berkenaan penyerapan pemain naturalisasi di dalam pasukan negara.

Ramai yang berpendapat dengan menumpukan pengambilan pemain naturalisasi dalam pasukan negara, ianya akan menutup peluang pemain tempatan untuk beraksi. Projek naturalisasi ini bukan agenda utama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetapi ia adalah antara usaha jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Ini bertujuan memperkuatkan skuad kebangsaan tanpa mengetepikan program-program pembangunan sedia ada.

Pada pendapat penulis, tidak salah untuk mengambil pemain naturalisasi, namun pembangunan di peringkat akar umbi perlu terus diberi keutamaan. Pihak FAM juga perlu lebih berhati-hati dalam pencarian pemain naturalisasi dan pemain warisan. FAM perlulah fokus untuk mencari pemain di peringkat umur yang sesuai dan tidak mengambil pemain yang sudah terlalu berumur.

Pemain naturalisasi dan pemain warisan juga mesti membuktikan keupayaan mereka terlebih dahulu, dan pemain tempatan perlu diberi peluang yang sama. Tidak salah menggunakan khidmat pemain naturalisasi, namun pasukan negara dan FAM khususnya tidak boleh menjadikan perkara ini sebagai solusi utama.

Pengambilan pemain naturalisai dan pemain warisan seharusnya dapat meningkatkan kualiti pemain tempatan dan mewujudkan sifat daya saing yang bagus sesama pemain. Walaupun masih di peringkat awal, namun tidak salah memasang impian untuk melihat pasukan Malaysia beraksi di peringkat akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia.

Pengambilan pemain naturalisasi dan pemain warisan dalam pasukan negara adalah sesuatu yang diperlukan buat bola sepak Malaysia sekarang. Namun perincian yang teliti perlu dilaksanakan. Majulah sukan bola sepak untuk negara.

Artikel berkaitan
Pendapat
Pendapat 23-Jun-2020
Chan Abdullah
Kolumnis

Begitulah sedikit sebanyak pegalaman saya dan keluarga bercuti di Pulau Pangkor. Lega dan seronok melihat anak-anak gembira dapat keluar beriadah dan bercuti setelah lama terperap di rumah. Banyak pengalaman baru yang diperolehi. Benarlah kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pemandangan'.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 15-Jun-2020
Chan Abdullah
Kolumnis

Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan sektor pelancongan kembali dibuka, saya dan isteri terus merancang untuk pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Pulau Pangkor terletak di daerah Manjung, Perak. Sebenarnya sebelum itu ingin merancang bercuti di Kuala Terengganu, tetapi memikirkan jarak yang agak jauh dari tempat tinggal serta perlu mengambil cuti yang panjang, akhirnya Pulau Pangkor menjadi pilihan.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 26-Mei-2020
Chan Abdullah
Kolumnis

Alhamdulillah, dengan adanya kemajuan teknologi, terubatlah sedikit perasaan sedih dan kecewa tak dapat beraya bersama keluarga. Setelah berbulan lamanya petugas barisan hadapan berkorban berjuang membantu melawan COVID-19, tibalah masanya rakyat Malaysia yang lain juga turut berkorban sementara di hari raya ini. Patuhi arahan dan garis panduan yang ditetapkan sewaktu sambutan hari raya.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 12-Mei-2020
Chan Abdullah
Kolumnis

Para pekerja telah dibekalkan dengan pelan lokasi tempat kerja yang baharu. Tempat kerja telah disusun bagi menjaga jarak sosial yang bersesuaian sepertimana garis panduan yang telah ditetapkan.

Teruskan Teruskan