Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Boleh Atau Tidak Anak-Anak Gembirakan Roh Ibu & Bapa?

Sahsiah Rahayu Mat Nah 21-Okt-2019

Mereka yang sudah kehilangan ibu dan bapa (meninggal dunia) pasti mengakui ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Biarpun ketika itu anda bukan lagi anak-anak kecil yang perlukan perhatian.

Masakan tidak, mereka adalah insan yang tiada galang-gantinya. Mereka adalah insan yang paling banyak berkorban demi menggembirakan anak-anak dan mereka jugalah tempat anda berpaut ketika menghadapi kesukaran dalam hidup.

Apabila mereka telah tiada, hanya doa yang dapat dititipkan agar Allah memberikan keampunan dan dipermudahkan urusan mereka di Sana. Selain itu apakah amalan-amalan lain yang boleh menggembirakan roh mereka di Sana?

Rasulullah SAW bersabda;  “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu, sedekah yang ditinggalkan semasa hidup, ilmu yang di manfaatkan dan anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.” (Hadis Riwayat Luqman Hakim)

Daripada Abu Usaid Malik bin Rabi’ah As-Sa’idi RA berkata: “Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba ada seorang lelaki daripada Bani Salamah datang kepada Baginda SAW. Lelaki tersebut bertanya: “Ya Rasulullah, apakah masih mungkin saya berbuat baik kepada kedua orang tua saya yang telah meninggal dunia, kerana saya tidak tahu bagaimanakah keadaan yang dilalui mereka setiap hari.

Baginda menjawab: “Ya, ada empat cara yang boleh kamu terus lakukan walaupun mereka telah meninggal dunia. Pertama, jangan tinggalkan di dalam doa kamu supaya sentiasa menyebut mengenai mereka.

Kedua, tunaikanlah janji yang ingin dipenuhi oleh mereka ketika hidup dahulu, tetapi tidak berkesempatan untuk melakukannya. Pahala daripada amalan perbuatan baik yang dilakukan akan sampai pahalanya kepada mereka yang sudah meninggal dunia.

Ketiga, muliakanlah sahabat dan teman yang baik terhadap arwah sewaktu dia hidup dahulu, kerana dengan berbuat demikian, Allah akan tunjukkan amalan itu kepada arwah.

Keempat, sambung silaturahim yang menjadikan kamu dan dia tidak mendapat kasih sayang, melainkan daripada kedua-duanya.” – (Hadith riwayat Abu Dawud, No. 5142, Ibn Majah, No. 3664, Ahmad, No. 15479)

 

Sumber: http: https://ikimfm.my & Facebook rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin

Related articles
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Konsisten. Cuba untuk mula tidur pada masa yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama setiap pagi. Termasuk ketika hujung minggu. Tubuh manusia gemarkan rutin dan akan mampu menjangkakannya jika kita memiliki dengan rutin tidur yang teratur. Sebagai peringatan cuba tetapkan penggera pada telefon untuk berbunyi 30 minit sebelum memulakan rutin bertenang (wind-down).

Teruskan Teruskan
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Penyongsangan sangat berguna untuk mencabar kepercayaan kita. Ia memaksa kita untuk menimbangkan hujah-hujah yang bertentangan. Penyongsangan menghalang kita daripada terus membuat keputusan sejurus selepas kesimpulan awal. Ia adalah satu teknik untuk mengatasi kecenderungan yang berat sebelah (confirmation bias).

Teruskan Teruskan
Pendapat Pendapat
Adea Ghafar
Adea Agi
Kolumnis

Bagaimana caranya kita boleh hidup sihat dalam bahagia? Sebagai tambahan kepada memiliki warisan baka atau genetik yang subur, kehidupan yang sihat dan bahagia bergantung pada tabiat dan minda yang baik. Ia tidak boleh dicapai secara tidak sengaja. Dengan pengamalan kepercayaan dan ajaran Islam, contohnya memupuk sikap positif, beribadat, sifat bertanggungjawab dan mempunyai nilai moral - seseorang itu pada dasarnya telah mengamalkan tabiat dan minda yang baik dan dapat mengekalkan kesejahteraan psikologi melalui kebahagiaan iman.

Teruskan Teruskan
Kepercayaan Adea Ghafar 23-Jan-2020 Menyemai rasa cinta kasih keluarga