Bomba selamat keluarga mangsa banjir termasuk wanita mengandung di Pasir Puteh

Uncategorized Yen Doran 06-Dis-2019

Tujuh penduduk termasuk seorang wanita mengandung di Kampung Jelor yang terperangkap di dalam rumah kerana banjir, berjaya diselamatkan oleh Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh.

Wan Nurul Eezaty Wan Mohd Nor, 25, mengandung anak pertama berusia 31 minggu serta menghadapi komplikasi kandungan dihantar untuk meneirma rawatan di Hospital Tengku Anis.

Enam ahli keluarganya yang lain terdiri daripada dua wanita dewasa, dua lelaki dewasa, satu kanak-kanak lelaki dan satu kanak-kanak perempuan lain pula dihantar ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil.