Borong sakan

Uncategorized Ahmad Mahmud 14-Dis-2019

KUALA LUMPUR: Pasukan Selangor, Kedah dan Terengganu telah mula membeli pemain-pemain berstatus bintang, dan melabur dalam pembelian pemain. Sasaran untuk mencabar juara Liga Super dan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), memperbaiki sistem akar umbi, kejurulatihan dan strategi adalah antara objektif terpenting bagi ketiga-tiga pasukan tersebut.

Kedah, Juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia telah awal-awal membeli enam pemain baharu tempatan dan dua pemain import baharu. Pasukan Helang Merah juga menyasarkan kelayakan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan memenangi Liga Super 2020.

Sementara itu, skuad Gergasi Merah membeli tiga pemain baharu, dan Terengganu membeli tiga pemain baharu import.